Tragedi Cari Madu Kelulut Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam menyebabkan mangsa Mohd Fakrul Radzi Zainuddin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan. Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba untuk bantuan mengambil masa hampir empat jam untuk membawa turun mangsa yang berada lima meter di atas pokok itu. Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa pergi bersama rakannya lalu menebang pokok menggunakan mesin pemotong tetapi tidak sempat mengelak apabila dahan tiba-tiba menghempap badannya.
KEADAAN mangsa yang dihempap dahan pokok. Gambar ihsan JBPM
Ketua Operasi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Hafiz Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.46 malam dan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian. Beliau berkata, mayat mangsa berjaya diturunkan jam 11 malam menggunakan tali sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
|
6
Bagus |
11
Marah |
1
Terkejut |
3
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis posted on 10-9-2014 04:34 PM
bomba ni semua kerja diaorang buat...dari pakar psikologi orang bunuh diri sampai orang mati
ADVERTISEMENT