CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malik Suka Membantu Dan Berhati Mulia

10-9-2014 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2478| Komen: 10

Malik Suka Membantu Dan Berhati Mulia

Malik sering membawa kucing yang berkeliaran di jalanan balik ke rumah untuk diberi makan.

KUALA TERENGGANU – Jangan berprasangka buruk sekiranya anda ditegur seorang lelaki yang menasihatkan supaya meletakkan beg tangan dengan elok ketika berada di kedai makan kerana lelaki itu mungkin Malik!

Abd Malik Chik, 50, dikenal dalam kalangan rakannya bukan sahaja sebagai seorang yang ringan tulang, tetapi amat prihatin kepada orang sekeliling sehingga sanggup menegur dalam hal yang dianggap remeh seperti itu walaupun kepada orang tidak dikenalinya.

Perkara itu diakui rakannya, Khairul Azlam Mohamad, 43, yang turut meminta supaya wanita khususnya tidak salah sangka dengan teguran Malik kerana dia bukannya mahu mengurat, sebaliknya sudah menjadi tabiatnya sejak dulu suka menegur.


“Jika dia nampak mana-mana wanita letakkan beg tangan atas meja, dia akan pergi kepada wanita tersebut dan nasihatkan supaya simpan beg tersebut dengan elok bagi mengelak daripada diragut.

“Dia pantang tengok apa sahaja barang berharga yang diletakkan atas meja di kedai makan terutama wanita, dia akan tegur,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Bukan hanya melibatkan perkara itu, Malik yang bekerja sebagai tukang urut juga seorang yang ringan tulang.

“Bantuan biasanya tidak berkait dengan wang kerana diapun bukan orang senang tetapi dia memang suka membantu dan pernah dia berulang-alik ke hospital tolong seorang pesakit yang dikenalinya memandangkan anak lelaki itu berada di luar Terengganu,” katanya.

Khairul Azlam berkata, Malik juga dianggap rakan sebagai sukarelawan keselamatan tidak bertauliah kerana jika ada kemalangan, dialah yang akan memastikan kelancaran trafik sebelum polis tiba.

Malah, kelibatnya sering dilihat menjaga lalu lintas ketika kuliah yang dihadiri penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.


Bukan hanya dengan manusia, kebaikan Malik turut terserlah pada haiwan terutama kucing yang terbiar apabila dia membawanya pulang ke rumah untuk diberi makan.

“Pernah suatu ketika saya pergi ke luar negara, saya mintanya beri makan ikan di pejabat saya tetapi ikan itu mati akibat kuantiti makanan yang diletakkan dalam akuarium itu terlalu banyak.
"Bila ditanya, dia kata kasihan takut ikan lapar,” katanya sambil tersenyum lucu.

Sementara itu, Sinar Harian turut berkesempatan menemui Malik yang berhati mulia itu.

Malik yang ramah menyambut ketibaan wartawan menjelaskan tindakannya itu bukan dibuat-buat sebaliknya keinginan untuk menegur datang secara tiba-tiba jika melihat wanita meletakkan tas tangan sambil lewa atas meja makan.

“Kalau orang lelaki saya tak tegur, tapi kalau wanita tanpa mengira bangsa saya akan tegur sekalipun masa itu dia tengah membonceng motor dengan ‘pakwe'.

"Kadang-kadang mereka hanya menyandang beg di bahu tanpa menyedari cara itu memudahkan kerja peragut,” katanya yang pernah menegur wanita Cina atas alasan yang sama.

Bagaimanapun katanya, sepanjang teguran dibuat, dia tidak pernah diherdik atau dikasari memandangkan caranya yang sentiasa ‘berlapik’ seperti memberi salam terlebih dahulu terutama kepada wanita Islam sebelum menegur perbuatan wanita itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-9-2014 01:49 PM
alhamdulillah.
Quote Cik_Andak 10-9-2014 02:13 PM
Moga dimurahkan rezeki malik...
Quote encikWawad 10-9-2014 02:16 PM
orang yang baik dengan kucing ni memang murah rejeki - dah selalu sangat jumpa kes gini
Quote alieyrina 10-9-2014 03:24 PM
Aku kalau nampak pompuan duk galas bag ats moto tu rasa nak maki jah..tau la xdak apa dlm bag tu tp xpayahla amik risiko galas bag naik moto...byk kali sgt jumpak org mcm ni...mungkin tempat aku xdak peragut bermoto lagi kut...
Quote annehuda 10-9-2014 03:30 PM
beberapa tahun lepas aku singgah kl sentral nk lunch on da way nk gi interview, aku letak beg atas meja ade auntie india ni tegur jgn. bagus auntie tu.
Quote alekxander 10-9-2014 03:35 PM
annehuda posted on 10-9-2014 03:30 PM
beberapa tahun lepas aku singgah kl sentral nk lunch on da way nk gi interview, aku letak beg atas m ...

beg birkin ke uols?
Quote ~anya~ 10-9-2014 03:35 PM
Baiklah...
Saya lebih respek Malik dari UAI...
UAI hanya pandai cakap saje... at least Malik menzahirkan dengan perbuatan...
Quote annehuda 10-9-2014 03:47 PM
alekxander posted on 10-9-2014 03:35 PM
beg birkin ke uols?

ai bkn girlpren anak pak menteri camne nk pakai birkin uols?

Quote alekxander 10-9-2014 03:49 PM
annehuda posted on 10-9-2014 03:47 PM
ai bkn girlpren anak pak menteri camne nk pakai birkin uols?

xpe...janji isi dlm beg berkepuk

Quote asyriqa 10-9-2014 04:26 PM
moga malik dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur supaya dapat meneruskan khidmat bakti pada orang ramai...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.135325 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top