Gugurkan Kandungan Untuk Elak Didakwa
Wanita itu yang sudah bercerai ditahan selepas dilihat bersama seorang lelaki. Hasil pemeriksaan mendapati dia hamil, lapor akhbar al Watan. “Dia ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraannya, namun menggugurkan kandungan itu. “Mungkin dia menganggap dapat mengelak daripada dibicarakan dan menyangka pihak polis tidak tahu perbuatannya,” lapor akhbar itu. Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dan bakal menghadapi tuduhan mengadakan hubungan sulit serta membunuh anak dalam kandungannya. |
ADVERTISEMENT