Kutip Botol Tanggung Anak Saudah dan anak-anak bersama Sharifah (kanan) ketika ditemui di rumahnya.
SUNGAI PETANI - "Mata masih kabur lagi, pada sebelah siang nampak silau dan sebelah malam agak kelabu," luah Saudah Mohamad, 38, berhubung masalah mata yang ditanggungnya sejak sekian lama. Saudah dari Kampung Kurnia Jaya, Bedong berkata, walaupun tahap penglihatan berkurangan namun dia masih melakukan kerja mengumpul botol plastik di pusat pelupusan sampah bagi memperoleh pendapatan. Menurutnya, hanya itu sahaja pekerjaan yang mampu dilakukan bagi menampung kehidupan dia bersama dua anak, Mohd Firdaus Abdullah, 6, dan Nor Syazwani Aziz, 11. Gambar hiasan “Rutin kerja bermula pada jam 8 pagi iaitu berjalan ke pusat pelupusan sampah di Bedong untuk kutip barangan plastik,” katanya.Saudah berkata, apabila selesai kerja mengutip dilakukan, dia akan mengasingkan botol mengikut kategori. Katanya, sekiranya tiada sesiapa yang dapat menjaga Mohd Firdaus, anaknya itu akan dibawa bersama ke tempat pelupusan sampah sehinggalah kerjanya selesai kira-kira jam 8 malam. "Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, tetapi persekolahan Nor Syazwani tetap berjalan lancar," katanya. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Thye Eng, Sharifah Abdullah berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kisah keluarga itu sebelum ini. “Kes ini sudah dibawa ke pengetahuan beberapa pihak sebelum ini termasuk wakil rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut membantu. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga hadir sama menyampaikan bantuan segera RM300 kepada Saudah dalam kunjungan terdahulu,” katanya.
|
Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, tetapi persekolahan Nor Syazwani tetap berjalan lancar," katanya.
sueism posted on 6-9-2014 07:48 AM
JKKK tu keja dia pergi pagi minum , lepas tu break, lepas tu
lunch , lepas tu merokok, kalau ada ...
noor2 posted on 9-9-2014 06:14 AM
moga anak2 ni berjaya dalam pelajaran....bantu mak bila besar nanti...
mbhcsf posted on 6-9-2014 04:48 AM
what 's wrong with her vision?
tak pi hospital sg petani ke check mata ?
cmf_blingblings posted on 9-9-2014 02:55 AM
Sedihnya, ni kg sedara mara aku dulu2, dah berkurun tak singgah, daifnya keluarga ni. Balu dekat rum ...
ADVERTISEMENT