CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panggil Bomba Pindah Pesakit Obes 280kg Di Penang

8-9-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9284| Komen: 50

Panggil Bomba Pindah Pesakit Obes 280kg Di Penang

ANGGOTA bomba memberi bantuan kecemasan kepada M Balagi ketika dibawa turun dari wad untuk dihantar ke rumahnya.




Georgetown: Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram.

Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.

Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah.


“Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya.

“Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim.

Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

19

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-9-2014 08:44 PM
makan tido..makan tido...makan tido..
Quote Kittie 6-9-2014 08:45 PM
Kat Malaysia pun ada kes cenggini.
Quote GhostWalking 6-9-2014 08:45 PM
I hope he will get well soon ..
Quote setokinpurple 6-9-2014 08:50 PM
macam2 tugas bomba skrg
lagipon kebakaran bukan hari2 berlaku.

sebut bomba mesti teringat kes bomba potong cincin kat tuttt sorang lelaki
Quote rospinki 6-9-2014 08:54 PM
dia angkat lgu mana..naik skylift ke.
Quote dubuk 6-9-2014 08:58 PM
kalau saya tak workout lebih dari tiga hari, badan akan rasa tak best

tak faham bagaimana orang boleh hidup tanpa bersenam
Quote Decaffeinated 6-9-2014 09:07 PM
setokinpurple posted on 6-9-2014 08:50 PM
macam2 tugas bomba skrg
lagipon kebakaran bukan hari2 berlaku.

tu pasal namanya pasukan BOMBA dan Penyelamat.

aku sendiri dah guna dua kali sebab tebuan buat sarang kat bibir atap. Lepas tu aku jamu dorang sebab appreciate their help. Tak kisahlah itu memang dah keje dorang....



Quote skymania 6-9-2014 09:10 PM
Kittie posted on 6-9-2014 08:45 PM
Kat Malaysia pun ada kes cenggini.

tingat citer what's eating gilbert grape.. leonardo ngan johnny depp..

mak derang kene baka dlm umah pas mati.. sbb obes melampau xleh bawak kuar nak kebumikan..
Quote alesandra 6-9-2014 09:13 PM
dubuk posted on 6-9-2014 08:58 PM
kalau saya tak workout lebih dari tiga hari, badan akan rasa tak best

tak faham bagaimana orang b ...

yela...betul tu
Quote menjad 6-9-2014 09:43 PM
jgn ler jd smp mcm ni... mnyusahkn org jer
Quote batmana 6-9-2014 09:51 PM
Tkpela.. Bomba dpt bersenam sket
Quote raxief 6-9-2014 10:40 PM
kalau obese tahap mcm ni sbnrnye consider penyakit ke bukan penyakit?

bnyk gak aku jumpe org kuat melantak, tp x la jd gemuk mcm ni skali.. diorg just boroi je
Quote GhostWalking 6-9-2014 11:08 PM
raxief posted on 6-9-2014 02:40 PM
kalau obese tahap mcm ni sbnrnye consider penyakit ke bukan penyakit?

bnyk gak aku jumpe org kuat ...

Ye penyakit.Food addiction atau ada metabolic syndrome etc etc kena doktor yang sahkan.Yang boroi tu bahaya jugak sebab boleh lead to sakit jantung.
Quote azrain98 6-9-2014 11:15 PM
aku nak makan tk gemuk2...apakah
Quote dragger 6-9-2014 11:22 PM
bosanyo.. cemane la hidup harian dia ye.. nak berjalan susah tu.. take time tu..

aku yang boyot ni pun baru naik sampe tingkat 5 kat opis dah mengah.. hahaha
Quote raxief 6-9-2014 11:23 PM
GhostWalking posted on 6-9-2014 11:08 PM
Ye penyakit.Food addiction atau ada metabolic syndrome etc etc kena doktor yang sahkan.Yang boroi  ...

maksudnya keadaan morbid obesity ni bukan 100% salah pesakit la ye ? kesian juga
Quote GhostWalking 6-9-2014 11:34 PM
raxief posted on 6-9-2014 03:23 PM
maksudnya keadaan morbid obesity ni bukan 100% salah pesakit la ye ? kesian juga

Pada aku it can be salah depa.Penyakit yang datang dari pengabaian penjagaan diri which leads to food addiction.Kegagalan menghadapi sesuatu masalah dalam hidup dan berpaling kepada makanan untuk comfort diri sendiri.Tak gitu?Obesity ni kira penyakit la kira dari segi tu.It can also be hormonal.Aku ni bukan la doktor so tatau la in detail.Tapi if ada certain hormonal imbalance akan  sebabkan seseorang badannya cepat naik.Metabolic syndrome pulak daripada pemakanan like too much sugar or/and stress or/and tak exercise.Which at the end of the day is in our hands to control but kekadang in denial gitu..
Quote Kittie 6-9-2014 11:36 PM
skymania posted on 6-9-2014 09:10 PM
tingat citer what's eating gilbert grape.. leonardo ngan johnny depp..

mak derang kene baka  ...

Tp mak derang syg betul kat Leo tuh.
Quote Artemesiaa 7-9-2014 12:07 AM
Wah tak nak terlepas peluang memasuki carta terpaksa mintak bomba tolong angkutkan seperti mana di luar negara nampaknya

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057769 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top