CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sikap Suka Selit Tuala Wanita Celah Pintu Tandas

8-9-2014 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9765| Komen: 59

Sikap Suka Selit Tuala Wanita Celah Pintu Tandas


Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Masih ramai yang memandang ringan soal kebersihan tandas awam dan meletakkan sepenuh tanggungjawab menjaga kebersihan kepada tukang cuci dengan alasan telah menjelaskan bayaran untuk menggunakan kemudahan awam itu.
        
Selain itu, kurangnya semangat kepunyaan menjadi antara penyebab tandas awam menjadi kurang bersih, kerana individu yang menggunakan kemudahan itu tidak mengamalkan kebersihan seperti menjaga kebersihan tandas rumah sendiri.
        
Seorang penjaga tandas di Kuala Ibai, Mamat Mat Zain, 50, berkata, tugas seorang penjaga tandas adalah memastikan tandas awam yang dijaga sentiasa bersih, bukan sahaja dari segi kotoran tetapi juga bau untuk memberi keselesaan kepada pengguna.
        
“Namun, apa yang dikesalkan, ada segelintir pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab mengabaikan aspek kebersihan selepas menggunakan tandas awam ini termasuk tidak ‘flush’ (mengepam) tandas yang telah digunakan.
        
“Walaupun tandas yang digunakan telah dibayar dengan 50 sen, tetapi tidak semestinya mereka boleh berbuat sesuka hati termasuk membuang sampah ke dalam mangkuk tandas atau menyelit tuala wanita di belakang pintu sesuka hati mereka.  
        
“Kita kesal kerana jika tandas di rumah mereka boleh siram air di kawasan digunakan dan tidak dibiarkan kotor, kenapa amalan ini tidak dipraktikkan apabila mereka menggunakan tandas awam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
        
Seorang lagi penjaga tandas, Andersen Robert, 25, turut mengakui memang tugas mereka adalah memastikan tandas bersih tetapi kerjasama daripada pengguna juga diperlukan agar keadaan tandas sentiasa bersih kerana ia turut digunakan orang lain.
        
Menurutnya, imej tandas awam yang biasanya dikatakan kotor perlu diubah, apatah lagi setiap agama mementingkan penjagaan kebersihan di kalangan penganutnya.
        
“Sikap buruk yang paling ketara adalah tidak mengepam tandas selepas digunakan dan membuang tisu, sampah dan sebagainya ke dalam mangkuk tandas dan bukannya dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan,” katanya.
        
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna, Mohd Zukee Mohd Ragam berkata, penjagaan kemudahan awam yang disediakan adalah tanggungjawab bersama antara pengguna dan pihak yang mengelenggarakan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).  
        
“Dari segi penyelenggaraan memanglah terletak kepada mereka yang ditugaskan untuk menjaganya, tetapi pengguna juga perlu bertanggungjawab iaitu memastikan keadaan tandas yang digunakan bersih selepas digunakan.
        
“Mentaliti atau sikap masyarakat yang kurang kesedaran sivik telah meletakkan tanggungjawab kepada tukang cuci sepenuhnya, dengan alasan mereka telah menjelaskan bayaran masuk ke sesebuah tandas awam perlu dikikis,” katanya.
        
Beliau berkata, kebersihan tandas awam mencerminkan peribadi individu, dan adalah pelik jika mereka boleh meninggalkan amalan penggunaan tandas yang betul di luar, sedangkan di rumah mereka mengutamakan kebersihan tandas awam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 7-9-2014 11:33 AM
sori lah..bukan lah nak kutuk pompuan
tp pompuan kalu yg jenis pengotoq mmg kotor gila
time duduk flat dulu..geng2 pompuan ni bukan setakat bersepah dalam rumah..dpn rumah tepi tangga pun menyepah sampah (dah dalam tu nampak modes berdarah2, rambut panjang..pompuan punya la kan, ada tu yg paling celaka, main letak je depan rumah org..bdk laki pun setakat bersepah dalam rumah adja, tp x delah tinggal sampah merata2 di luar rumah)
tu belum lagi perihal jamban sumbat sebab main buang jer modes dalam lubang jamban..habis saluran jamban dia kat siling rumah aku kena cuci sampai bau taik 1 rumah..
tp yg heran kalu kluar rumah..mau 10 liter minyak wangi sembur..sebatu pun dah tercium baunya
Quote R2D2 7-9-2014 11:36 AM
kadang2 notis dalam tandas punya la besar
masih ada yg suka buang pad dlm lubang
mana la tandas tak tersumbat!
Quote mattzzx 7-9-2014 11:40 AM
Seorang lagi penjaga tandas, Andersen Robert, 25, turut mengakui memang tugas mereka adalah memastikan tandas bersih tetapi kerjasama daripada pengguna juga diperlukan agar keadaan

>> Kelas nama penjaga tandas tuu....
Quote Santeira 7-9-2014 11:43 AM
tu belum masuk perangai PPRT yg suka mencangkung atas toilet seat. Habis toilet seat kotor ada kesan tapak kasut.
Quote saladin780 7-9-2014 11:43 AM
mattzzx posted on 7-9-2014 11:40 AM
Seorang lagi penjaga tandas, Andersen Robert, 25, turut mengakui memang tugas mereka adalah memastik ...

urban nama dia ..mcm org sweden plak..hehe
Quote saladin780 7-9-2014 11:44 AM
Santeira posted on 7-9-2014 11:43 AM
tu belum masuk perangai PPRT yg suka mencangkung atas toilet seat. Habis toilet seat kotor ada kesan ...

x paham knp perlu mencangkung..kan lagi senang kalu duduk aje kat mangkuk tu
Quote mattzzx 7-9-2014 11:45 AM
saladin780 posted on 7-9-2014 11:43 AM
urban nama dia ..mcm org sweden plak..hehe

Yelah.....mak bapak dia berkenan sangat nama tuu....

Quote dubuk 7-9-2014 12:39 PM
dahsyatttt!
Quote Artemesiaa 7-9-2014 12:50 PM
Kebersihan tandas ni bergantung pada sikap seseorang tu juga cara dia dibesarkan.  Kalau sedari kecil dia dah dititikberatkan tentang pentingnya menjaga kerbersihan pasti sifat itu akan terbawa juga hingga dewasa.
Quote unhas 7-9-2014 12:56 PM
agaknye yang jenis kencing/berak tak flush ni terencat akal kot. sel otak tak tersambung so dia takleh fikir untuk membersihkan taik dan urin mereka sendiri. takpe lah kalau terencat akal dimaafkanlah...
Quote bellaa 7-9-2014 12:57 PM
pad yg berdarah2 & pantyliner yg kekuning-kuningan taruk atas penutup tong sampah.

susah sangat ke nak sumbat betol2 dalam tong?
Quote BotakChinPeng 7-9-2014 01:13 PM
Ini mesti spiderman80 punya kerja.

Dah datang bulan hampir tiap hari lagi main selit selit plak pad berdarah haid dia merata tempat.

@spiderman80  
Quote batu kikir 7-9-2014 01:28 PM
Bila kita bandingkan tandas laki dan tandas pompuan..................
KOTOR lagi tandas pompuan. Dengan pad, dengan darah...........macam2 ada. Hiii...........kotor.
Quote Syd 7-9-2014 01:33 PM
tisu merata2

yang kencing tak reti pam pun banyak, kuning2, campak tisu sekali kat situ.

motip tak boleh pam lepas kencing?

pantang larang datuk nenek?

sekali pam, sejemput bulu pubic gugur ke apa?
Quote ~boolean 7-9-2014 01:35 PM
bellaa posted on 7-9-2014 12:57 PM
pad yg berdarah2 & pantyliner yg kekuning-kuningan taruk atas penutup tong sampah.

susah sangat k ...

design tong pad tu yang selalunya jadi penyebab.
orang pertama masukkan pad, sticker terlekat pada penutup tong. Akhirnya orang2 seterusnya tak dapat sumbat masuk pad/pantyliner.

itu yang selalunya pad/pantyliner/tisu dibiar atas tong. Kan lebih mudah kalau tongnya dibiar buka.

Tapi paling bahalol hat perempuan masukkan tisu bergulung-gulung dalam tong tu sekali sampai penuh. tisu tu kan boleh dipam. penuh tong pad dengan tisu aja. bahalol.
Quote cepheid 7-9-2014 01:39 PM
Selain pad, ada jugak orang perempuan yg tak reti buang betoi-betoi buang pampes anak. Disgusting!
Quote bellaa 7-9-2014 01:42 PM
Syd posted on 7-9-2014 01:33 PM
tisu merata2

yang kencing tak reti pam pun banyak, kuning2, campak tisu sekali kat situ.

hahahahaha
Quote bellaa 7-9-2014 01:45 PM
cepheid posted on 7-9-2014 01:39 PM
Selain pad, ada jugak orang perempuan yg tak reti buang betoi-betoi buang pampes anak. Disgusting!

itu la pasai. ade jugak yg sempat selit pampers beby kat dalam pasu bunga.



Quote brums08 7-9-2014 01:59 PM
Patut di reka toilet seat yg sapa mencangkung bunyi alarm,biar malu besar.Certain places mmg ada auto flush,tapi toilet biasa byk yg terlupa nak flush.Pengotor ni selalunya sbb didikan,kalau dari rumah  pengotor sampai ke antartika pun mesti pengotor juga.Sapa yg malas bungkus used pad ni eloknya di rotan je mcm warden hostel buat.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.286914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top