![]() Mentadak orkid atau nama saintifiknya "Hymenopus Coronotus" adalah haiwan yang berhabitat hutan hujan di Malaysia & Indonesia. Kebanyakan spesies mentadak bunga berasal dari keluarga Hymenopodidae. Penemuan asal spesies ini pada tahun 1879. Ia merupakan spesies yang sangat unik. Kaedah penyamaran yang digunakan adalah terbaik berbanding spesies mentadak yang lain. Disebabkan warna & bentuknya yang sangat menyerupai bunga orkid, kebanyakan serangga lain tertipu & datang secara sukarela kerana tertarik dengan kecantikan mentadak orkid. Kaki yang berbentuk kelopak bunga & bahagian badan yang dengan warna merah jambu, putih atau ungu merupakan kelebihan yang sangat membantu dalam teknik penyamaran terbaik mentadak ini. Ciri fizikal yang sedia ada sudah cukup serangga lain melihat mentadak orkid sebagai umpan yang "menggiurkan". ![]() Sementara itu, lalat & rama-rama sering menjadi menu pilihan bagi spesies unik ini. Kelebihan lain mentadak ini ialah, mampu bersembunyi daripada menjadi makanan kepada haiwan pemangsa seperti burung. Melalui kajian yang dijalankan, warna mentadak orkid sama dengan sebahagian spesies bunga orkid di Malaysia. Selain itu, mentadak orkid yang dianggap sebagai 'bunga' telah menarik perhatian serangga lain lebih daripada bunga asal. Keunikan fizikalnya yang terkenal dengan warna terang menjadi faktor utama kejayaan menarik perhatian umpan. Kesimpulannya, mentadak orkid adalah bukti pertama haiwan yang berpotensi menjadi bunga tiruan dan digunakan sebagai strategi pemangsa dalam alam haiwan. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
ADVERTISEMENT