CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Anggota Polis Dikenakan Tindakan Buang Kerja

4-9-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2861| Komen: 2

Lapan Anggota Polis Dikenakan Tindakan Buang Kerja


Gambar hiasan


GEORGETOWN - Lapan anggota polis dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan tata tertib sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia membabitkan seorang inspektor dan tujuh anggota pangkat rendah daripada 6,200 anggota yang bertugas di negeri ini.

Beliau yang memberi perhartian serius isu tata tertib dan integriti anggota tidak akan berkompromi jika ada yang melakukan kesalahan.

"Kita tidak akan toleransi dan berkompromi dalam menangani isu salah laku warga polis. Segala aduan yang diterima akan disiasat secara telus dan saksama berlandaskan undang-undang dan arahan jabatan.

"Kita mementingkan intergriti termasuk nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, adil dan saksama. Mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan orang ramai," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurutnya, integriti amat penting bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap polis selain menjaga nama baik pasukan.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan Abdul Rahim menyampaikan anugerah kepada anggotanya yang memberi khidmat cemerlang termasuk pengawal keselamatan, Muhamad Najib Ahmad, 29, yang berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk merompak sebuah bank di Sungai Dua, di sini 28 Ogos lalu.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 4-9-2014 02:12 AM
Kat sungai dua patut ada PPS. Sungai dua pun penang gak. Jgn hanya byk PPS di island je.
Quote uniq61 4-9-2014 05:56 PM
PASUKAN PENYOKONG SAMSENG..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.029575 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top