CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Gary Thuerk, Orang Pertama Penyebar Spam Di Internet

3-9-2014 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7882| Komen: 9

Gary Thuerk - The Father of Spammer

Gary Thuerk (mendapat gelaran The Father of Spammer), merupakan seorang Pengurus Pemasaran dari syarikat Digital Equipment Corporation (DEC), sebuah syarikat perniagaan komputer yang berasal Amerika.

Bermula pada 3hb Mei 1978, beliau ingin mempromosikan penjualan perdana produk komputer terbaru syarikatnya di Los Angeles dan San Mateo, California.

Dengan keizinan rakannya, Carl Gartley yang memiliki akaun email, Thuerk meminjamnya untuk mengirimkan email spam pertama ke jaringan komputer kepada sejumlah besar universiti dan jaringan yang dikenali dengan ARPAnet, yang merupakan jaringan elektronik popular ketika sebelum wujudnya jaringan Internet.


Pada ketika itu, terdapat ribuan orang yang terhubung ke jaringan ARPAnet, dan sebahagian besarnya adalah daripada para ilmuwan komputer dan pakar komputer.

Thuerk berniat untuk mengirimkan email undangan kepada seluruh 400 anggota ARPAnet yang tinggal di kawasan pesisir barat Amerika Syarikat.

Anggaran 80% email yang diterima hari ini adalah email spam

Namun, beliau tidak mengirimkan email bagi tiap anggota itu satu per satu, seperti yang merupakan prosedur standard ketika itu, malah beliau memutuskan untuk mengirimkan satu email sahaja kepada seluruh 400 orang serentak.

Langkah yang diambil Thuerk telah memeranjatkan komuniti, pakar-pakar dan para ilmuwan yang tergabung dalam jaringan ARPAnet. Namun begitu, usaha Thuerk membuahkan hasil, sejumlah 'mangsa spam' yang dihantar melalui ‘email spam pertama di dunia’ itu akhirnya membeli produk yang dipromosikan oleh Thuerk. Bahkan, mengikut laporan dari Computer World pada 6 Mei 2011, penjualan melalui email spam Thuerk itu mencapai nilai jualan 13 - 14 juta dolar AS.

‘Kejahatan cyber’ yang dilakukan Thuerk itu telah diabadikan dalam sebuah dokumentari di jaringan TV CBC bertajuk “SPAM: The Documentary.” Selain itu, ‘inovasi’ yang dibuat oleh Thuerk ini juga  telah dicatat dalam Guinness World Records sebagai The Father of Spammer.

Ketika beliau melakukannya, Thuerk tidak menyedari bahwa tindakannya boleh mencatat sejarah dan mengubah dunia perkomputeran dan perniagaan. Sehingga ke hari ini mengikut data terkini dari Symantec, dianggarkan 80 peratus email yang dikirimkan di seluruh dunia merupakan email spam.

Namun demikian, dalam sebuah wawancara, Thuerk menafikan bahawa fenomena spamming ini bukanlah kesalahannya. Beliau memberikan alasan;
“Anda tidak boleh menyalahkan Wright Brothers (pencipta kapal terbang pertama di dunia) jika berlaku kemalangan kapal terbang yang terjadi  pada hari ini”.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 20-8-2014 09:49 AM
fuhh, siap ada gelaran tu.
Quote halimi78 20-8-2014 02:21 PM
dedicated to spammer?
Quote misslauren 20-8-2014 03:31 PM
apa pun spammer ni annoying. mana tah depa dapat email ai
Quote asteruk 20-8-2014 08:51 PM
mana dapatnya perkataan spam tu.. igtkan nama dia gary spam
Quote khaira01 20-8-2014 11:02 PM
thuerk....unik namanya.
Quote kupkapp 2-1-2015 04:54 AM
haha founder legend terrrrr
Quote kivio 7-1-2015 11:21 PM
Spam lagi byk drpd inbox dalam emel aku haha
Quote bellaa 10-5-2015 12:08 AM
nice info
Quote kawankaula 13-5-2015 05:42 PM
la... hebat betul

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037920 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top