best siot
best ...
2 jam ... for me berbaloi
sebab terfikir kenapa benda nie jadi, apa punca ... siapa dalangnya
apa kisahnya ... rupanya semua terjawab ...
rate 8/10 .....
kalau nak baca novelnya ... entah mampu ke tidak
sebab ada 17 or 18 siri semuanya ....
tapi based trivia imdb.com ... semua dah compile in 1 dalam movie ...
Secara general, cerita dia berkisar pasal Neeson sebagai private detektif yang tak berlesen siasat kes pembunuhan bersiri yang sasarkan awek/bini/orang tersayang kepada tycoon dadah.
Modus operandi diorang, culik, seksa dan mintak wang tebusan. Tapi bila dah dapat duit, diorang kerat mangsa hidup2
Masa pergi tengok 2 hari lepas, memang tak ada idea langsung cerita ni pasal apa. Pilih semata-mata nak tengok Liam Neeson beraksi je. Hehehe.
Cerita ni takdelah serius sangat & penuh aksi macam yang selalu Neeson berlakon. Kalini lebih banyak fokus pada nak selesaikan misteri & emosi mangsa + ada sikit humor. I kategorikan sebagai psiko crime thriller, bukan action movie.
Jalan cerita dia agak slow tapi struktur penceritaan dia menarik bagi i sebab dia cipta suasana creepy + tension gitu. Sikit sebanyaklah.
Kalau korang pergi semata-mata nak tengok aksi, kemungkinan besar akan kecewalah kot. Sebab dari awal sampai akhir xsilap saya ada dalam 3-4 scene lawan2.. Masa awal2 cerita, aksi tembak2 dalam kedai (diorang ulang balik dekat hujung cerita sebab nak explain kenapa Neeson masuk rehab dan berhenti jadi polis).. Masa kat kubur, Neeson + team pengedar vs pembunuh.. & last masa kat kediaman pembunuh.. Selain dari tu aksi tak sampai seminit pun so tak diambil kira.
Tapi walaupun tak banyak aksi, jangan risau watak dia masih jenis selamba main redah aje. Macam masa dia follow saksi dengan relaks tanpa dikesan padahal TJ beria menyorok tapi kantoi pulak.
The best part masa dia tolong jawabkan phone call pembunuh untuk kingpin Rusia tu. Selamba aje dia bagi setepek sampai pembunuh tu pulak kena ikut cakap dia. Sabar jelah
Plot cerita dia nothing new tapi I suka art direction cerita ni. Macam contoh, awal cerita dimulakan dengan aksi(kisah silam hero), next scene fokus ke perempuan yang tengah baring tak bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain. Masa tu dengan lagu mellow + atmosfera macam tenang gitu, kamera panning ke mata pempuan tu yang emotionless, tiba2 air mata dia menitik. Lepas tu tunjuk kaki perempuan tu kotor dan last baru tunjuk mulut dia kena salotep, terus macam 'laa kena culik rupanya'.. Lepastu baru masuk ke present timeline.
Masa diorang kenalkan watak pembunuh tu pun macam stail jugak. Saksi bagitau 'They r not human'.. Terus tunjuk pembunuh tu turun tangga dgn lighting merah dalam bilik tu buat diorang macam ala-ala demon gitu. Stail2..
Sorry mungkin bias sebab i memang ada soft spot kat Liam Neeson tapi i bagi 3.7 bintang
Dah tengok dah rabu...jalan cerita slow macam kura2...sampai aku terkena dibuai mimpi...menyesal juga tengok...tapi nasib baik isteri belanja...hahaha...
movie ni di create bukan untuk menghiburkan..tapi lebih untuk berfikir..kalau peminat movie aksi,ni bukan untuk hangpa..this is pure movie tanpa menjanjikan aksi2 cliche..kita hanya perlu tumpu pada karakter dan storyline..kalau kau perasan pengarah ni gemar gunakan shot2 yang symmetrical ataupun keseimbangan dalam kebanyakan frame/scene..mmg cantik cinematography..pasal nude scene tu aku pun tak tau knape tak potong utk tayangan dlm pawagam..nasib baik mmg crita 18+.. Last edited by johnmcclain on 7-10-2014 02:07 AM