CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 Waris Mangsa Belasah Jurugambar Nst

2-9-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33516| Komen: 304












KUALA LUMPUR: Kekecohan berlaku semasa ketibaan tiga jenazah penumpang MH17, iaitu pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ia berlaku apabila salah seorang ahli keluarga mendiang, secara tiba-tiba menyerang jurugambar dan jurukamera yang membuat rakaman semasa urusan mengeluarkan jenazah pertama daripada van jenazah.

Lelaki itu kemudian cuba menumbuk beberapa orang petugas media menyebabkan jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad cedera di bahagian muka dan hidung.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Keadaan kembali tenang selepas petugas media diarahkan beredar dan memasuki bangunan pusat peringatan.

Tiga jenazah penumpang MH17 itu kemudian ditempatkan sementara di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi selepas selesai Istiadat Penghormatan Jenazah di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pagi Selasa.

Jenazah warga Belanda, Paul Goes, dan pasangannya warganegara Malaysia, Subashni Jretnam, dan anak mereka, Kaelamayajay Goes kemudian akan disemadikan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ketiga-tiga jenazah tiba kira-kira jam 10.45 pagi dengan disambut ahli keluarga, sanak saudara, dan rakan-rakan.

Jenazah mendiang Paul Goes sebelum ini dibenarkan pihak berkuasa Belanda untuk diterbangkan dan disemadikan di Malaysia bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun.







Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 2-9-2014 02:21 PM
padan muka..org tengah bersedih2 ko sebok nak tangkap gmbr org tu.
Quote ice_sky92 2-9-2014 02:21 PM
Padan muka....
Quote brums08 2-9-2014 02:22 PM
Sbb ganggu privacy..
Quote haryatie 2-9-2014 02:22 PM
mcm tu sekali..
Quote arianakhalid 2-9-2014 02:23 PM
Mcm mana jurugambar ni snap gambar sampai kene belasah? Atau mmg tak boleh ambik gambar langsung?
Quote a_gen2 2-9-2014 02:23 PM
cuba check..mungkin si penumbuk tu ahli PPS???
Quote saladin780 2-9-2014 02:24 PM
Rasain loh
Quote Artemesiaa 2-9-2014 02:27 PM
Kalau betul pun nak buat liputan ada baiknya mintak kebenaran dulu dengan waris mangsa agar tak timbul salah faham dan kekeliruan.  
Quote zorrro_03 2-9-2014 02:28 PM
Padan muka kau....  Sibuk sgt sampai ganggu ahli keluarga yg tgh sedih giler....  
Quote crossfire 2-9-2014 02:31 PM
arianakhalid posted on 2-9-2014 02:23 PM
Mcm mana jurugambar ni snap gambar sampai kene belasah? Atau mmg tak boleh ambik gambar langsung?

dah kerja dia orang, kalau nak privacy buat mcm sebelum nya, elok aja tak amik gambar..., kan sebelum itu ada 2 mangsa tidak didedahkan..atas permintaan keluarga.
Quote tepisket.. 2-9-2014 02:32 PM
Masalah kalau shoot sikit2 dan x depan2 sgt x de la kena marah. Kekadang tu panjat2 nak amik gambo.. geram juga tgk
Quote Magika 2-9-2014 02:32 PM
[youtube]CHTVAnYFR_k[/youtube]

tengok banyak je cameraman

tetapi kenapa dia yang jadi target?
Quote ad_hoc79 2-9-2014 02:34 PM
lah... da kenapa pulak kene tumbok ni
Quote kasibiman 2-9-2014 02:35 PM
tu pasal.

apa salah jurugambar tu?

kalau taknak reporter, jangan bagi masuk in the first place.


cam sial jah.
Quote MeMeimei 2-9-2014 02:35 PM
org tgh bersedih psl family, korang sibuk amik gmbr. rasa lah
Quote PongKang 2-9-2014 02:35 PM
aduhai... next time pasang tali or tempatkan press kat satu sudut je. xle ikut family members smpi dorg rs annoyed.
Quote CiliPadiSedap 2-9-2014 02:36 PM
Magika posted on 2-9-2014 02:32 PM
tengok banyak je cameraman

tetapi kenapa dia yang jadi target?

kini tv pakai recorder video apa? nokia lumia ke?
Quote kentel 2-9-2014 02:37 PM
macam kena provoke je....
Quote dauswq 2-9-2014 02:38 PM
ni keluarga artis india malaysia tu ker?

yg pelakon spanar jaya tu?

Lihat semua komen(304)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046496 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top