Dalam kejadian jam 8 malam itu, Wan Nur Fadhail Wan Mohd Azizi, 2, dan abangnya Wan Muhammad Dhuha, 4, kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan. Kedua-dua kanak-kanak itu kini stabil. Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, dua anaknya menghidap demam panas sejak beberapa hari lalu. Katanya, dia kemudian memberikan dua anaknya itu ubat demam yang diambil di dalam peti sejuk di rumahnya. “Tidak sampai setengah jam dua anak saya tiba-tiba mengeluarkan buih dan tidak sedarkan diri. “Saya tergamam dan terus memanggil suami untuk melihat keadaan anak,” katanya ketika ditemui di HUSM di sini, semalam. Menurutnya, dia bersama suami bergegas ke Wad Kecemasan di hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dua anaknya itu. “Akibat kejadian itu, Wan Muhammad Dhuha dirawat di ICU, HUSM, manakala Wan Nur Fadhail menerima rawatan di wad biasa,” katanya. “Bagaimanapun keadaan mereka kini dilaporkan stabil,” katanya. Suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui bila kali terakhir ubat demam itu digunakan. “Saya bersyukur dua anaknya disahkan selamat dan tidak memberi kesan yang mudarat. “Mereka dijangka akan keluar daripada hospital berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya. Sementara itu, jurucakap HUSM berkata, kes itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut. Berita kejadian itu mula menjadi viral di laman sosial Facebook (FB) sejak petang kelmarin selepas seorang lelaki dipercayai guru mangsa memuat naik status berhubung kejadian itu yang dipercayai berpunca daripada meminum ubat batuk yang sudah lama berada di dalam peti sejuk.
|
ryo_takahashi1 posted on 29-8-2014 08:35 AM
hmetro ni mmg cepat je nak kuar berita...
info dari salah seorang petugas di HUSM...
ryo_takahashi1 posted on 29-8-2014 08:35 AM
hmetro ni mmg cepat je nak kuar berita...
info dari salah seorang petugas di HUSM...
ADVERTISEMENT