CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puan Puti Reno Mapadulung Daeng!

28-8-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18027| Komen: 214

Puan Puti Reno Mapadulung Daeng!

PADANG, Indonesia: Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.

Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau. Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.


Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam. Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.

Ibu bapa Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat. "Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.

"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.

Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.
"Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.

"Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya. Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah adalah satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.

Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SUHA 28-8-2014 01:18 AM
Apa lagi yg indon nak claim lps ni
Quote munchkin 28-8-2014 01:21 AM
tahniah datin sri.
Quote bintangct 28-8-2014 01:21 AM
Maleficient msia
Quote dani-rox 28-8-2014 01:25 AM
tahniah akak ros... *speechless
Quote sepaileman 28-8-2014 01:26 AM
10646955_904459262915329_450608518434303223_n.jpg



Quote airfilterkotor 28-8-2014 01:35 AM
Selalu beg Birkin tak penah lekang. Kali ni tak nampak lak.
Quote kakikuDibibirmu 28-8-2014 01:37 AM
onnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmm




mappadulung nim cam rings the bells lah


Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung


sikit punya panjang nama, panggil mentimun adja boleyyyyyy....



Quote salimrock 28-8-2014 01:45 AM
kena la ada nama gelaran...

lakinye pun ''Daeng gusti adipati cula simanja kini...
Quote mbhcsf 28-8-2014 02:32 AM
Tahniah...
Quote pyropura 28-8-2014 03:03 AM

Purdana Munteri - Raja Bugis
First Lady - Ratu Minang
..apa lah nak jadi dengan Muleysia nugara turcheenta iniy..
...





Quote kakikuDibibirmu 28-8-2014 03:06 AM
kenek kenek lah odeng
lembu patah tanduk ah!
che mek kenalah gode
che awe kena tumbuk

uwa uwa uwa uwa uwa uwa uuu....

[youtube]hFWHPKg_kdE[/youtube]

http://youtu.be/hFWHPKg_kdE
Quote muraicomey 28-8-2014 05:33 AM
macam rita repulsa dah akak tengok
Quote Acong 28-8-2014 05:36 AM
hell mama?
Quote Al-Patih 28-8-2014 05:36 AM
dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.

KJ....hang pulak suku mano...big mamrah...dah masuk suku...bila penuh
Quote scorpionkiki 28-8-2014 05:39 AM
Thread ni bakal menjadi thread lawak...
Quote mbhcsf 28-8-2014 05:41 AM
pyropura posted on 28-8-2014 03:03 AM
Purdana Munteri - Raja Bugis
First Lady - Ratu Minang
..apa lah nak jadi dengan Muleysia nugara  ...

Ler okaylaaa...like romeo and juliet gitu, u ni laaa Nigel sungguh dgn gabby haha
Quote mbhcsf 28-8-2014 05:43 AM
Terigat lagu Ayam den lopeh...nice song actually.
Quote alinone78 28-8-2014 05:49 AM
Laaaaa kakak rose pun berasal dari tanah seberang?

@peYno
Quote alinone78 28-8-2014 05:49 AM
pyropura posted on 28-8-2014 03:03 AM
Purdana Munteri - Raja Bugis
First Lady - Ratu Minang
..apa lah nak jadi dengan Muleysia nugara  ...

Menteri Dalam Negeri - Rojo Jowo

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.569590 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top