Bmw X4 Serba Baharu Pertama Diperkenalkan BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X4 serba baharu yang merupakan model Sports Activity Coupé (SAC) yang pertama seumpamanya dalam segmen crossover kompak premium.
SAC bersaiz sederhana dengan ciri-ciri BMW X, karektor sebuah Coupé dengan kemampuan dinamik terbaik dalam keluarga keluarga BMW X, yang mampu memberi keselesaan pemanduan yang cemerlang serta pengunaan bahan api yang cukup menjimatkan. Hadir dalam varian BMW X4 xDrive28i dan BMW X4 xDrive28i M Sport, varian serba baharu yang cukup dinamik ini dipacu oleh enjin berprestasi tinggi termaju, pacuan semua roda xDrive serta rangkaian peralatan standard yang eksklusif seperti awalan prestasi, Variable Sport Steering, servis dan aplikasi BMW sebagai pembantu pemandu. Reka bentuk yang DinamikBMW X4 serba baharu mengetengahkan penampilan yang menarik dan mudah dikenali di atas jalan raya. Walaupun ia mungkin direka berasaskan kepada lakaran teknikal BMW X3, ciri-ciri reka bentuknya menandakan perbezaan ketara dengan BMW X3, sekali gus membolehkannya berdiri sendiri bersama rekaan sebuah coupé yang elegan dan penuh kuasa.
Dengan dimensi sepanjang 4,671mm dan tinggi 1,624mm, BMW X4 serba baharu adalah 14mm lebih panjang dan 36mm lebih rendah berbanding BMW X3.
Potongan ini sememangnya menawarkan perkadaran yang sempurna dan seimbang ketika berada di atas jalan raya.Menampilkan reka bentuk hadapan yang mantap dan lincah, BMW X4 serba baharu turut menampilkan ruang pengambilan udara yang besar dan diposisikan di bahagian hadapannya. Ia disempurnakan lagi dengan garis pada bahagian hadapan. Rekaan ini membuatkan kenderaan tersebut kelihatan lebih rendah dengan titik graviti lebih hampir dengan permukaan jalan, sekali gus menjadi petanda kepada dinamik BMW X4 serba baharu yang lebih bagus. Kesan itu dipertingkatkan lagi menerusi jalur cahaya di sekeliling bahagian luar lampu utama berkembar yang sedikit rata pada bahagian atas dan belakangnya untuk kelihatan lebih lebar. Rekaan gril radiatornya juga membuatkan BMW X4 serba baharu kelihatan lebih sporty. Profil BMW X4 serba baharu jelas membezakan sentuhannya dengan jentera lain menerusi garis bumbung gaya sebuah coupé yang rendah. Ia mencapai titik tertinggi di bahagian tempat duduk hadapan yang menjelaskan fokus pemandu kereta-kereta BMW. Garis itu kemudian menurun ke arah bucu lampu belakang. Sifat BMW X4 serba baharu sebagai sebuah coupé yang sporty diserlahkan lagi melalui garis tirus di sepanjang rusuk kenderaan dan buat pertama kalinya ia terpisah menjadi dua garisan. Bahagian pertama menaik dengan lancar dari arah arca roda hadapan ke bahagian hendal pintu belakang. Sementara bahagian kedua pula menyerlahkan sayap belakang yang dibentuk dengan begitu berkuasa. Pakej peralatan xLine yang hadir sebagai pilihan standard buat para pemilik BMW X4 serba baharu memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan lagi gaya model ini. Dengan rim aloi ringan bersaiz 19 inci dan kemasan aluminium, pakej xLine turut merangkumi kemasan sil pintu bersama tempaan BMW xLine, tempat duduk fabrik kulit yang elegan berwarna hitam, Mocha dan putih (Ivory White) bersama tulisan timbul xLine, kemasan dalaman berwarna gelap (Dark Copper) serta sil tahan karat. Semua ini bagi menunjukkan ruang moden dalaman kenderaan, di samping meningkatkan lagi elegan BMW X4 serba baharu. |
ADVERTISEMENT