Tak Dapat Tidur Memikirkan Anak Hilang Sharifah Fauziah menunjukkan gambar anaknya yang hilang bersama salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dungun
NIBONG (DUNGUN) – Hati seorang ibu risau tidak terhingga apabila anak perempuan yang masih belasan tahun tidak pulang ke rumah sejak 6 Ogos lalu. Sharifah Fauziah Syed Mahmud, 34, berkata, anaknya Nur Athirah Izzaty Noordin, 13, dipercayai hilang setelah menemui seorang rakan di taman permainan. “Sejak dia hilang, saya tak dapat tidur, risau fikirkan keselamatannya, maklumlah dia masih belasan tahun, macam-macam boleh jadi,” katanya. Menurutnya, sebelum itu, seorang lagi anaknya, Nur Alyya Farida, 15, menghantar adiknya itu ke taman permainan berdekatan kerana Nur Athirah Izzaty dikatakan ingin menemui rakan. Bagaimanapun, sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum pulang. “Saya dan kakaknya cuba hubungi telefon bimbitnya, namun panggilan kami tak dijawab. “Saya akhirnya ambil keputusan buat laporan polis,” katanya. Sharifah Fauziah berkata, kehilangan anaknya itu menjadi tanda tanya kerana tiada perselisihan faham berlaku antara mereka. Dia bimbang sekiranya Nur Athirah Izzaty yang merupakan pelajar SMK Sultan Omar diculik atau dilarikan orang ke negara jiran. “Sejak kehilangannya, kehidupan saya pun tidak seperti biasa, fikiran saya kusut,” katanya.
|
8
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
29
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tobobon posted on 27-8-2014 10:03 AM
umur baru 34, anak dah 15
maksudnya umur 19 beliau dah beranak
ADVERTISEMENT