CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Leher Diikat Pada Tiang Oleh Polis?

26-8-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6726| Komen: 18

Leher Diikat Pada Tiang Oleh Polis?

Gambar hiasan


Seremban: Seorang pekerja am bengkel besi menanggung derita setengah jam selepas lehernya dirantai pada tiang oleh tiga lelaki menyamar polis dalam kejadian samun di Kampung Chalet, Jalan Nilai Salak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, mangsa berusia 28 tahun sedang bekerja sendirian di kabin  dalam kawasan bengkel berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki terbabit.

Abang tiri mangsa, Ahmad Rosdi Mohd Saufi, 40, berkata, suspek yang berpakaian seragam memperkenalkan diri sebagai polis dan mendesak adik tirinya membuka pagar.

“Suspek mendakwa mereka mendapat maklumat kononnya bengkel berkenaan ada menyimpan dadah dan mereka mahu membuat pemeriksaan.

“Seorang daripada suspek meluru masuk ke dalam kabin manakala dua lagi suspek memegang adik tiri saya dan memberitahu mereka mahu menyamun.

“Adik tiri saya itu terkejut lalu mengirim SMS kepada seorang abangnya meminta bantuan. Malangnya, suspek menyedari perbuatannya itu lalu merampas telefon bimbitnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, suspek menendang adik tirinya itu sebelum mengikat lehernya menggunakan rantai besi dan dimanggakan pada tiang berhampiran.


Ahmad Rosdi berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai melarikan wang tunai berjumlah lebih RM1,000, barang kemas dan beberapa dokumen peribadi dengan menaiki motosikal.

“Saya yang diberitahu abang mangsa mengenai kejadian itu segera ke lokasi dan tiba 20 minit kemudian. Sejurus tiba, suspek sudah melarikan diri manakala adik tiri saya diikat pada tiang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera ringan dibantu polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 26-8-2014 07:57 AM
kesiannya..
menakutkan..
nasib baik x jadi yg lebih teruk..
Quote DOUBLE7 26-8-2014 11:42 AM
ish2... bahaya betul skrg ni... penyamun pon da berani mennyamar jadi polis...
Quote tentera_laut 26-8-2014 11:44 AM
bahaya betul...
Quote tentera_laut 26-8-2014 11:45 AM
lupa kalau nak tunjuk waran geledah kan
Quote brums08 26-8-2014 11:45 AM
Lehernya di rantai pd tiang?dia ingat anjing ke tuh...kejamnya.
Quote Al-Patih 26-8-2014 03:10 PM
nampak gaya..keno hati hati penyamar...polis
Quote melia_star 26-8-2014 03:18 PM
aku kan selalu nmpk polis beruniform biru tua naik motor dlm keadaan mencurigakan....polis2 bawahan ni selalunya mmg ala2 budak2 muda ye? ada sekali aku jumpa 2 keding 1 gemok beronda2 kt Klang....style tunggang motor tu cam mat rempit jer...moskel aku....ishh, byk kali lah jumpa dgn uniform pun mcm x semenggah jer....patut polis kemas dan segak laa kan....
Quote mak_wa95 26-8-2014 03:47 PM
dah ada polis yang ememang jahat..
so penjahat pun menyamar sebagai polis...
Quote batmana 26-8-2014 03:51 PM
melia_star posted on 26-8-2014 03:18 PM
aku kan selalu nmpk polis beruniform biru tua naik motor dlm keadaan mencurigakan....polis2 bawahan  ...

polis bantuan biasanya.
dorg ni mmg muda2, kdg2 antara 3 org naik moto tu , sorg je polis betul



Quote batmana 26-8-2014 03:51 PM
aku rasa dia pakai pakaian seragam kadet polis..
yg sekolah punya..

tgk wktu mlm mmg tknmpk beza
Quote mattzzx 26-8-2014 05:07 PM
Siksa apa buat apa? Nak rompak rompak saje lah..
Quote melia_star 27-8-2014 10:55 AM
batmana posted on 26-8-2014 03:51 PM
polis bantuan biasanya.
dorg ni mmg muda2, kdg2 antara 3 org naik moto tu , sorg je polis betul
...

ooo...ada ye mcm tu....pernah sekali nmpk belakang building tgh keliling 2-3 bangla....harap2 bukan mengepaw...
Quote Vellfire 27-8-2014 11:07 AM
eee kesiannya
Quote annehuda 27-8-2014 11:10 AM
ko gi sms ngape senyap2 tu ko call la org. sms kan lg payah nk taip2 tu
Quote HaifaHanna 27-8-2014 11:18 AM
annehuda posted on 27-8-2014 11:10 AM
ko gi sms ngape senyap2 tu ko call la org. sms kan lg payah nk taip2 tu

Call nanti kantoi, sbb kuar suara kan, tp sms pon kantoi jugokkk...acane..??
Quote annehuda 27-8-2014 11:20 AM
HaifaHanna posted on 27-8-2014 11:18 AM
Call nanti kantoi, sbb kuar suara kan, tp sms pon kantoi jugokkk...acane..??

kalau kantoi kuar suara sempat jugak nk jerit tolong aku. so at least yg org dicall tu alert la something wrong kt situ.

Quote robertocarbos 27-8-2014 11:24 AM
Biase kalau polis cakap nak masuk geledah ke ape?
tolong la jangan bagi KECUALI diorang tunjuk waran
tapi tu la ramai yang x tahu teros bagi masok
Quote clarizsa 27-8-2014 11:29 AM
kesiannya... penyamun pun patut dihukum pancung je.. jahat nyusahkan orang..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061344 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top