Pengantin’ separuh bogel: MB mahu tindakan segera IPOH - Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana perbuatan yang tidak menghormati adab dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Dr Zambry yang mengulas kejadian pasangan model dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan mereka di sekitar Jalan Sultan Yussuf, di sini, semalam berkata perkara itu dianggap satu perbuatan yang tidak akan diterima oleh rakyat. Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa dan menjangkakan siasatan terhadap pasangan itu akan siap dalam tempoh waktu terdekat ini. "Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada. Kerana tindakan mempertontonkan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh di khalayak ramai adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ketatasusilaan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.
"Mereka (pasangan model) boleh anggap ini satu 'trend' yang berlaku di beberapa buah negara tetapi ini adalah negara Malaysia, kita tidak boleh menerima perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya kita," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini. Dr Zambry berkata, pihaknya berharap pihak polis akan melakukan tindakan susulan terhadap pasangan model terbabit. "Daripada apa yang terpapar (gambar pasangan model) semalam, kita lihat ini satu perkara 'indecent', (tidak senonoh), jadi apa pun kita serah kepada polis, di bawah peruntukan apa yang akan mereka jalankan siasatan mereka," katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=825866&extra=&page=1
|
2
Bagus |
15
Marah |
3
Terkejut |
1
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT