Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN. Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan. "Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu. "Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam semalam.
|
paperchase posted on 19-5-2013 01:24 AM
dulu 16 sept, ni pulak 18 mei.
cop, dah 19 mei pun ni. expired lg ke date tu?
ADVERTISEMENT