Rita Rudaini Failkan Tuntutan Muta'ah RM300,000 Terhadap Aidil Zafuan Laporan awal menerusi akaun sosial Harian Metro hari ini menyebut yang Rita Rudaini hari ini telah memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk makluman anda, mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut‘ah tersebut. |
ADVERTISEMENT