CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejekan ‘Spiderman Tanjung Lumpur?

25-8-2014 12:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5713| Komen: 15

Ejekan ‘Spiderman Tanjung Lumpur?

Kuantan: Kira-kira 14 tahun lalu, dua beradik ini digelar ‘Spiderman Tanjung Lumpur’ kerana memakai topeng berwarna putih yang hanya menampakkan mata, hidung serta mulut selepas terbabit dalam tragedi kebakaran rumah.

Disebabkan itu, Mohd Nor Syukri Yusof, 17, dan adiknya, Mohd Nor Syafuan, 15, terpaksa memekakkan telinga selepas ada segelintir ‘mulut jahat’ mengejek dengan memanggil mereka hantu bungkus, pocong atau muka buruk ketika keluar bersama ibu, Azizah Dollah, 55.

Semua pengalaman pahit dilalui dua beradik terbabit berakhir apabila mereka tidak lagi memakai topeng selepas selamat menjalani pembedahan di Hospital Ampang Puteri, di Kuala Lumpur yang ditanggung oleh Tabung Unit Kebajikan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), pada 8 Mac 2003.

MOHD Nor Syukri bersama ibunya, Azizah Dollah menunjukkan keratan Harian Metro tahun 2009.


Pembedahan itu dilakukan Perunding Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Datuk Dr A Jalil Jidon yang mengambil masa berbulan-bulan.

Mohd Nor Syafuan yang kini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang, Indera Mahkota, di sini, berkata, sejak masuk ke sekolah berkenaan, tiada lagi ejekan menyakitkan hati dan telinga kecuali mendapat gelaran nama baru iaitu ‘Bakor’.


Menurutnya, dia kini tidak lagi malu berdepan dengan orang ramai selain berazam belajar bersungguh-sungguh bagi membalas pengorbanan ibunya selama ini yang berusaha keras untuk memulihkan mukanya.

21

Bagus
35

Marah
12

Terkejut
41

Sedih
29

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sixret 23-8-2014 09:36 PM
Kasihan.

Ejek la kelemahan orang lain. Itukan ujian Allah untuk mereka.

Karma will come to you. When it finally came, please think about things that you have done and things that you have said that made other people feel hurt in their heart!
Quote CiliPadiSedap 23-8-2014 09:52 PM
sixret posted on 23-8-2014 09:36 PM
Kasihan.

Ejek la kelemahan orang lain. Itukan ujian Allah untuk mereka.

akak nak lantik awak jadi moderator. kalau ada moderator cm awak, aman sikit dunia. nak harapkan moderator @NIXAR tu , kiamat dunia

moga harapan akak dimakbulkan. teruskan usaha dakwah murni
Quote sixret 23-8-2014 10:00 PM
CiliPadiSedap posted on 23-8-2014 09:52 PM
akak nak lantik awak jadi moderator. kalau ada moderator cm awak, aman sikit dunia. nak harapkan m ...

Thanks kak for the suggestion. Very much appreciated but no thanks.

Suka jadi independent and no expectation from others. Lagipun saya jarang masuk forum.
Quote kambeng_masam 23-8-2014 10:08 PM
takpelah dik....biarlah org nak kata apa...depa tu 'sempurna' sangat, belajor la bagus2 bila besar nanti jadi cosmetic surgeon! best wohhh.
Quote taikor 23-8-2014 10:09 PM
apa kata @spiderman80 selangor...
Quote munchkin 23-8-2014 10:18 PM
Nyampah dengan kaki buli.

Bertabahlah dik. Belajar rajin rajin, biar je kaki buli tu nanti ketinggalan dari segi lain2. Let them see who has the last laugh.
Quote AdsMsia 23-8-2014 10:28 PM
sini pun ramai
sikit2 pprt lah apalah
entah2 depa tu dulu beranak celah pokok nipah
semua org depa nak pprt-kan
pffttttttttttttt
Quote ajinomotonosuga 23-8-2014 11:00 PM
bully ni bagus untuk memartabatkan kekuatan mental, tapi kene pantau dan tenguk umor yang di buli

kalo budak baru kenai hidup or dunia..bahaya gak, silap2 depa bunuh diri depressed

tapi kalo dah separuh abad macam saya or lebih dari itu macam AN, buli ler camna pun takkan lut punye

dr mahathir tu perghhhhhhhhhh..paling kuat kene buli di alam siber ..berpoloh2 taun sampai ler nih

tapi sebab dia dah berumur dah berpengalaman so dia can handle seme tu macam makan kuachi

ce kalo dr mahathir baru keje doktor dan main politik dibuli teruk..susah gak nak cite haa

sebab itu kene protect the younger generation tapi tokleh laa over protected sampai depa jadi pondan

Quote mak_wa95 23-8-2014 11:06 PM
siannya mangsa kebakaran..
Quote batmana 24-8-2014 12:43 AM
pembuli ni biasanya keturunan mati pucuk.
famili tk ramai adik bradik, tk bergaul ngn org , x merasa simpati klu2 ada sedara yg hidup susah.

maafkn je dorg, biasa keturunan cmni cpat pupus
Quote LUNCH 24-8-2014 01:10 AM
Biasalah budak budak mesti nak buli orang punya. Nak pulak masa sekolah. Tapi yang tak tahan tu dah pandai berforum pun masih lagi lemau tak tau nak bezakan terrorist dengan Islam.
Quote DOUBLE7 25-8-2014 12:35 PM
asal org tu xsempurna je mesti kena bahan... tp apa nk diherankan, bangsa melayu mmg mostly low minded...
Quote mbhcsf 25-8-2014 12:39 PM
Takpe, di sebalik ini , terdidiknya hati yg amat kuat...i wish them well...and sebenarnya inilah kekuatan dan ketahanan yg ada dlm diri 2 beradik ini.

Bless them and I admire their perseverance despite all odds.
Quote Modngengade 25-8-2014 12:51 PM
kenapalah manusia suka sgt mengejek orang yg kekurangan dari segi rupa dan keupayaan...
Quote Suchi 25-8-2014 05:30 PM
tp mcm ensem gak muka budak nih
nmpk idung mancung jer

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.151112 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top