Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud berikutan Alvin Tan Jye Yee, 25, gagal hadir buat kali ketiga ke mahkamah bagi prosiding kes terbabit. Mahkamah turut melucutkan hak wang jaminan RM20,000 terhadap Alvin yang sebelum ini dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sehingga perbicaraan kesnya selesai. Dalam penghakimannya, Rashid berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan dua penjamin Tan, iaitu sepupunya Loo Ching Ching, 44, dan ibunya, All Kim Lian, 57. Terdahulu, Yong memohon supaya melucutkan hak jaminan diberikan kepada Alvin berikutan kegagalan Alvin hadir mengembalikan semula pasport antarabangsa kepada mahkamah pada 13 Jun lalu dan juga masih gagal hadir ke mahkamah ketika sebutan kesnya itu pada 18 Julai lalu. Bagaimanapun, sepupu dan ibu tertuduh hadir ke mahkamah bagi memberi tunjuk sebab mengapa wang jaminan RM30,000 yang dikenakan terhadap Alvin tidak sepatutnya dirampas oleh mahkamah. All berkata, sehingga kini dia masih mencari, menghubungi dan menghantar mesej kepada anak lelakinya itu, namun tidak berjawab.
|
14
Bagus |
20
Marah |
4
Terkejut |
2
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
popjack posted on 23-8-2014 09:19 PM
keluarga mohon cari cepat sblm
si tertuduh melakukan sesuatu di luar dugaan
shernazz posted on 23-8-2014 09:37 PM
Tgk tgk dia pi korea buat plastic surgery muka cm kim jong.kook running man
Mau sume ummah meleleh. ...
dani-rox posted on 24-8-2014 05:19 AM
gigih ai gugel... maklumlah berada di alternate universe di mana kpop tidak wujud
ooohh... ...
batmana posted on 24-8-2014 03:25 PM
ke dh kene bunuh...
mayat dh kene mkn anjing
anjing dh kene langgar lori
dani-rox posted on 24-8-2014 05:19 AM
gigih ai gugel... maklumlah berada di alternate universe di mana kpop tidak wujud
ooohh... ...
shernazz posted on 24-8-2014 02:28 PM
Kan..kalo dh ada kat korea tu
.muka sapa pon dia boleh alter terutama cm kpop celebrity..xmustahi ...
ADVERTISEMENT