CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Tandas Si Isteri Meninggalkan Suami

20-8-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10132| Komen: 85

Kerana Tandas Si Isteri Meninggalkan Suami


Golongan wanita sering mempunyai masalah untuk membuang air secara terbuka di India dan terpaksa menunggu waktu malam untuk melepaskan hajat. 

UTTAR PRADESH 19 Ogos - Enam orang wanita yang baru setahun berkahwin, meninggalkan suami masing-masing dan pulang ke rumah ibu bapa mereka disebabkan kediaman suami tidak mempunyai kemudahan tandas.

Agensi berita, BBC melaporkan, kesemua wanita dari perkampungan Khesiya di daerah Kushinagar itu kembali ke rumah ibu bapa selepas suami mereka tidak menyediakan tandas di kediaman masing-masing.

Hampir separuh daripada 1.2 bilion rakyat India tidak mempunyai tandas di rumah dan golongan wanita sering menderita disebabkan masalah itu.

Keadaan itu juga menyebabkan kaum wanita terdedah kepada jenayah rogol yang berleluasa di India.

Seorang daripada pengantin baharu, Gudiya berkata, dia berasa sukar untuk melepaskan hajat di kawasan terbuka disebabkan rumah suaminya tidak mempunyai tandas.

"Ibu bapa saya mempunyai tandas di rumah, tetapi rumah suami saya, Ramesh Sharma tidak mempunyai kemudahan itu.

"Saya tidak suka keluar rumah untuk membuang air. Ini menyebabkan saya bergaduh dengan suami dan kembali ke rumah ibu bapa saya," katanya.

Selain Gudiya, Neelam Sharma, Sakina, Seeta, Nazrum Nisa dan Kalavati turut meninggalkan suami atas alasan sama.

Menurut Ashima Parveen yang tinggal di Khesiya, kesemua enam wanita itu berkahwin pada tahun lalu.

"Di kampung, mereka sukar untuk keluar ke kawasan terbuka untuk membuang air kerana musim hujan yang menyebabkan tanah lecak," katanya.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan India Jumaat lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi berjanji untuk menyelesaikan masalah pembuangan air secara terbuka dalam kalangan rakyat negara ini.

"Kita kini berada dalam abad ke-21, tetapi golongan wanita masih terpaksa keluar ke tempat terbuka untuk membuang air dan terpaksa menunggu waktu malam untuk melepaskan hajat," kata beliau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-8-2014 10:36 AM


Kesian..
Quote crazecousa 20-8-2014 10:50 AM
daif gila... tandas pun xmampu sediakan... adoyai india.. anak nk buat ramai plak tu
Quote Kerêta_Angin 20-8-2014 11:19 AM
Hampir separuh daripada 1.2 bilion rakyat India tidak mempunyai tandas di rumah dan golongan wanita sering menderita disebabkan masalah itu.

Keadaan itu juga menyebabkan kaum wanita terdedah kepada jenayah rogol yang berleluasa di India.

org tengah melepas pun nak rogol ker?

sekurang2nya kasi la can benda alah tu terselamat dulu ...
Quote rospinki 20-8-2014 11:21 AM
isshhh..tak ke kotor taik bersepah merata..cehhhh..lahanat punya somi, jamban pun tk disediakan, biar aj bini melepas merata. otak bangsa indu ni kt bontot lembu.

udahle tmpt diorg ni ular byk..elok je landing kena patuk ular tedung tk kena naya
Quote zach2008 20-8-2014 11:23 AM
Sebelum stuju utk kahwin tu baik periksa dulu sama ada rumah mertua ada tandas ke tidak. Tak pasal2 lari rumah mak sebab takde tandas.
Quote cheida_mymee18 20-8-2014 11:48 AM
ramai kata india paling x slamat utk travel sbb org2 disana terlalu daif..
snggup mencuri apa saja dan merogol..
tp ramai je aku tgok yg dok p travel jugak
Quote namirulmukminin 20-8-2014 11:53 AM
Ada tak sapa2 nak tolong tepek gambar nyonya PRC yang berak kat stesen LRT kat singaporn tu....
Quote kikuri 20-8-2014 11:57 AM
teringat plak cerita slumdog millionaire....sanggup terjun dalam taik sebab nak jumpa amitab bachcan...cemana ke eja nama orang tua ni...


tapi tandas depa memang daif la
Quote Artemesiaa 20-8-2014 12:07 PM
Jamban dah jadi masaalah negara nampaknya
Quote fcl29 20-8-2014 12:13 PM
cheida_mymee18 posted on 20-8-2014 11:48 AM
ramai kata india paling x slamat utk travel sbb org2 disana terlalu daif..
snggup mencuri apa saja ...

adik aku study kat india... nk msk 2thn dah... harap2 die terus selamat di sana... mmg ade je kes rogol dan bunuh student kat sana...
tp so far org malaysia keselamatan masih ok...
mmbr aku lak travel sana (belah utara) pakai agent... ok tp masalah agent pulak yg x bape nk ok.. hampir2 terkandas kat airport


mmg tandas sgt hazab.... kene la kencing berak kat tepi2 kalo berada kat luar
Quote maniack88 20-8-2014 12:14 PM
sungguh daif, tandas pon tarak

tapi dalam filem dok promote best country in the world
Quote rospinki 20-8-2014 12:14 PM
cheida_mymee18 posted on 20-8-2014 11:48 AM
ramai kata india paling x slamat utk travel sbb org2 disana terlalu daif..
snggup mencuri apa saja ...

pastu datang malaysia bekerja ni..kenmain belagak, usha kita macam nk terkeluar bijik mata..lagi minah kaplam nga ramai kt sini kanmain kerek lagi..asal usul berak merata kulit bekerak ni layak blik ke tmpt asal je la.

Quote ronin 20-8-2014 12:15 PM
Lenkali check dulu tandas bakal suami sebelum berkahwin.....ni dah tanam benih baru nak tinggalkan.....
Quote gede-bab 20-8-2014 12:17 PM
kikuri posted on 20-8-2014 11:57 AM
teringat plak cerita slumdog millionaire....sanggup terjun dalam taik sebab nak jumpa amitab bachcan ...

bukan amitab bachan aku rasa..tapi nak jumpa shah rukh khan...
Last edited by gede-bab on 20-8-2014 12:19 PM

Quote gede-bab 20-8-2014 12:19 PM
nampak gaya kalu siang2 sakit perut kena tahan sampai malam?? kematu la taik tu...susah nak meneran...
Quote ida88 20-8-2014 12:20 PM
Euuwwww.kerajaan dorg tamo buat mcm kt china ke
Limit kan anak per family
Quote biggirlduncry 20-8-2014 12:21 PM
nohorom punya laki... dah la ko mintak dowry mcm2..
motor sebutir la, emas sekilo la...
haprak...jamban pun ko takde,
Quote kikuri 20-8-2014 12:26 PM
gede-bab posted on 20-8-2014 12:17 PM
bukan amitab bachan aku rasa..tapi nak jumpa shah rukh khan...

..aku rasa amitab bachan..sebab dia menjerit nama amitab bachan sambil bawak gambo dengan badan penuh dengan taik



rasanyalah kot
Quote sayalala 20-8-2014 12:27 PM
xleh nk byg ku kene berak kencing kat tempat mcm ni...hbs semua colour jenis n bulu ke xbulu org nampak..eeee.elok india ni limit je satu kuarge berpa org anak..mcm jepun ke ape yg limit tu boleh beranak berapa org.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.310283 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top