CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Khalid Bakal Tubuh Parti Politik Baru, Kata Faekah

19-8-2014 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22632| Komen: 380

Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.

"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

"Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.

Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar.

Faekah berkata Khalid mengambil langkah tepat apabila enggan meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor bagi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terus memerintah negeri.

Katanya, tindakan yang dilakukan Khalid tidak dihargai kumpulan tertentu, malah partinya sendiri mengambil keputusan mudah melucutkan keahliannya.

“Cuba bayangkan jika Khalid menurut perintah PKR dan meletakkan jawatan seperti yang diputuskan mereka (PKR) pada 21 Julai lalu. Pada ketika itu, seluruh barisan Exco akan gugur dan Selangor tidak mempunyai pihak berkuasa negeri.

“Sehingga hari ini, PAS, DAP dan PKR masih gagal mencapai kata sepakat siapa calon yang akan menggantikan Khalid. Itu belum lagi mendapat perkenan Sultan Selangor. Proses akan mengambil masa tidak kurang 3 hingga 4 minggu. Situasi di Selangor akan menjadi caca-marba tanpa pihak berkuasa negeri.

“Khalid cuba menyelamatkan negeri ini daripada bertambah kacau, sebaliknya pula dituduh gila kuasa. Oleh kerana itu juga, beliau dipecat dari PKR kononnya melanggar keputusan parti,” katanya kepada Berita Harian.

Ada unsur niat jahat

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu juga tidak menolak kemungkinan PKR mempunyai niat jahat memecat Khalid kerana proses penyingkiran tersebut tidak dihakimi secara adil.

Katanya, isu pemecatan Khalid dari PKR diserahkan sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi melihat kewajaran sejauh mana pimpinan parti mengendalikan proses pemecatan itu secara telus.

“Adakah pemecatan berkenaan sudah melalui proses sebenar berlunaskan prinsip 'common sense' dan 'natural justice' yang sememangnya hak setiap insan?

“Sekiranya proses ini tidak dihormati, agak sukar untuk dinafikan ada unsur berniat jahat,” katanya kepada Berita Harian.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 19-8-2014 07:00 AM
Parti Tolak Pakatan...PTP
Quote Acong 19-8-2014 07:03 AM
MENJAWAB TUDUHAN Partai Kaldai Rabak

1. Anwart telah mengrahkan TSKI utk mengmbil syarikt air splash dgn hrga rm2.5 billion.. sdgkan twran asal adalah 250 juta. TSKI enggan mndengar maka slps tu bermula lah siri fitnah terhadap TSKI .

2. kekalahan TSKI di cabang kuala selangor adalah telah dirancang.. sama spt kajangmove yg dirncgkan khas utk myingkir TSKI dan memberi laluan kpd anwar yg merancang mnjd mb .. akhirnya ALLAH PENENTU segalanya..

3. Adakah TSKI pengarah strategi pilihnraya Selangor pd pru13.. yg mana beliau yg menentukan utk dimana beliau patut bertnding.. atau dh tiada calon yg sesuai utk diltkkan di port klang.. dimana itu adalah kerusi PKR .. di mana wakilnya telah menghilangkan diri slps pilihanraya PRU 12..

Adun 'lompat parti' punca Khalid tanding di Pelabuhan Klang
NIZAM ZAIN
22 April 2013


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
< 1 / 1 >

PELABUHAN KLANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding di kerusi Dun Pelabuhan Klang kerana mahu menebus kesilapannya meletakkan calon yang salah pada pilihan raya umum lalu, dakwa setiausaha politiknya.

"Tan Sri Abdul Khalid mahu menebus kesilapannya pada 2008 kerana telah memilih calon Pelabuhan Klang yang telah lompat parti dan mengkhianati mandat rakyat," ujar Faekah Husin.

Menurut Faekah, sebagai seorang yang bertanggungjawab, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok itu sendiri bertanding dan mahu mempertahankan kerusi PKR di kawasan itu daripada jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Masa dia menang (calon PKR 2008), dia selalu tak ada dalam sidang Dun Selangor.

"Sebab itu kita turunkan MB untuk ambil alih daripada BN, MB juga nak tebus balik kerusi itu daripada 'katak'," katanya pada Ceramah Umum PRU13 di Telok Gong, di sini, malam tadi.

Penyandang Dun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 telah mengisytiharkan keluar dari PKR pada 2009 dan menyertai Umno enam bulan berikutnya.

Sementara itu, Faekah juga mendakwa kerajaan negeri Selangor pada masa ini hampir berjaya mengambil alih syarikat konsesi air di negeri ini daripada skim penswastaan yang diperkenalkan BN.

Bagaimanapun dakwanya, Khalid akan menyelesaikan pengambilalihan industri air itu dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Kita sudah capai 70 peratus untuk ambil alih industri air di Selangor.

"CEO Syabas dan Puncak Niaga latar belakangnya dalam perundangan, bukan pakar proses air.

"Sebab itu 200,000 liter hilang begitu saja kerana paip besar dibocorkan," dakwanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Dun Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan sahaja tidak diberi peluang untuk bertanding di mana-mana kerusi, bahkan beliau sendiri tidak berpeluang untuk menentukan calonnya sendiri pada PRU13.

Dakwanya perkara itu cukup memalukan parti komponen BN itu dan berkemungkinan ia disebabkan salah laku moral Soi Lek sebelum ini menyebabkan beliau disisihkan Umno.

"Buat malu bangsa sahaja, presiden MCA tak ada kerusi nak tanding.

"MCA tak ada  hak tentukan calon malah harta pusaka yang ditinggalkan presiden MCA terdahulu gagal dipertahankan Chua Soi Lek.

"Ini masa MCA terpaksa lelong tiga kerusi kepada pada Umno," dakwa beliau.

4. setiap kata putus dibncangkan dgn exco teamworknya.. termsk teng chang khim.. dan lain2 tp bukannya dgn ahli parti politiknya.. pkr!!!

akhirnya hutang bank islam TSKI..yg sibuk dicanang sblm ini senyap begitu shj.. stlh bekas peguam bank islam yg terlibat menguruskan penyelesain hutang itu tlh tampil membetulkan cerita yg sebenar... cukup2 lah menfitnah TSKI..seorang pemimpin yg amanah dalam memegang amanah wang rakyat SELANGOR..

slps ini siapa penganti TSKI.. kita tgk adakah akan mengumumkan jumlah rezab negeri Selangor.. spt yg dilakykan TSKI kerana percayalah wang negeri Selangor akan digunakan utk pejalanan parti politik pkr yg tidak pernah TSKI lakukan sblm ini....yang membuatkan pemimpin spt azmin ali dan kuncu2 pkr marah dgn TSKI.. bahkan mgkin juga.. anwar akan menggunakan wang negeri Selangor utk membeli mp bn utk mencapai cita2 terpendamnya mnjadi pm Malaysia..

copy paste & edit dari komen di http://omakkau.blogspot.com/2014 ... gan-isu-semasa.html




JUSTICE for PAPA KETUM


Quote Acong 19-8-2014 07:06 AM
Sila tukar FAM kpd PKR

[youtube]ZuYJd6YIPLs[/youtube]

http://www.youtube.com/watch?v=ZuYJd6YIPLs

PKR Bangsat....! PKR Bangsat....!
Quote wana89 19-8-2014 07:18 AM
Jangkaan wana jadi betul dgn keluar berita ini..
Yg belum..bubar dun but maybe,xlama lagi..
Kalo  betul, wana salah seorang nk masuk..
Quote scorpionkiki 19-8-2014 07:22 AM
Berpecah lg melayu...tp rasa pkr lg terkesan kalau Khalid buat parti baru.
.pkr will be seen as for abang non 'alone...tp part I Khalid will be seen as part I yg bersih dan berjiwa korporat
Quote Acong 19-8-2014 07:23 AM
JAWAPAN TSKI KEPADA SELCAT

http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2014/08/Jawapan-kpd-Notis-Surat-Tunjuk-Sebab.pdf
Quote ultra78 19-8-2014 07:23 AM
Parti Orang Kecewa

Quote drivethru 19-8-2014 07:28 AM
Kenapa nak berpolitik lg khalid. Bersara sahaja dan menikmati sisa-sisa hidup dgn aman. X perlu lg fikir pasal politik. Duit pun dah berkepok-kepok. Jual pisang goreng lg bagus. Nanti mesti abg non dtg beli. Abg non bkn boleh dgr pisang2 ni, tinggi imaginasi dia.
Quote Acong 19-8-2014 07:34 AM

Quote Acong 19-8-2014 07:34 AM

Quote Acong 19-8-2014 07:35 AM

Quote pelukis.plan 19-8-2014 07:41 AM
wana89 posted on 19-8-2014 07:18 AM
Jangkaan wana jadi betul dgn keluar berita ini..
Yg belum..bubar dun but maybe,xlama l ...

kalau bubar dun nak masuk apa?
masuk mengundi kat selangor ke?
ke masuk parti inikhalidlah?
Quote Tok_Batin 19-8-2014 07:59 AM
Adakah ini tanda tanda kuat DUN Selangor akan dibubarkan dgn TSKI menubuhkan parti baru??

Kalau macam tu sy SOKONG ACONG@cari menjadi Timbalan Ketua UMUM dan bertanding kawasan Kajang melawan MB Wan Azizah...
Quote the_killer 19-8-2014 08:02 AM
Acong posted on 19-8-2014 07:35 AM

Acong dok Macau pon tahu hal politik malaysia
Quote Bell 19-8-2014 08:05 AM
My prediction - Sultan tidak perkenan Wan Azizah jadi MB. DUN dibubarkan.
Quote bangcak 19-8-2014 08:06 AM
bersara je la.
hutang pon da lupus
apa mau lagi?
Quote Acong 19-8-2014 08:14 AM
Tok_Batin posted on 19-8-2014 07:59 AM
Adakah ini tanda tanda kuat DUN Selangor akan dibubarkan dgn TSKI menubuhkan parti baru??

Kalau m ...

aku takleh joinT politikus......

pasal boss KETUM pun akan kena hambur dgn aku
Quote Acong 19-8-2014 08:15 AM
bangcak posted on 19-8-2014 08:06 AM
bersara je la.
hutang pon da lupus
apa mau lagi?

hutang lupus? kalau ko tak tau kisahnya baca dulu baru komen......

kang bodoh tak bertempat

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=824376
Quote d'zeck 19-8-2014 08:16 AM
Sultan tak perkenan wan azizah
sebagai MB

DUN dibubar

khalid ibrahim tubuh parti
baharu pro BN

pilihanraya bulan oktober

PKR, PAS dan DAP masing2
kehilangan banyak kerusi DUN

khalid kembali jadi MB

anwar masuk jel

tapi sebelum masuk, anwar sempat tuduh
ada 40k nepal mengundi untuk khalid

selangor dan malaysia kembali
aman damai

Lihat semua komen(380)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.236084 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top