CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

2 Orang Lemas Dalam Kereta

18-8-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10303| Komen: 62

2 Orang Lemas Dalam Kereta

ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi.

Juru: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan.


Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

"Berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah ditemui dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.

6

Bagus
4

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 16-8-2014 04:14 AM
Xkan dua2 kena serangan jantung serentak. Bahaya gak tido dlm kete. Aku mmg suka tido dlm kete.
Quote nurul_akmar 16-8-2014 05:24 AM
drivethru posted on 16-8-2014 04:14 AM
Xkan dua2 kena serangan jantung serentak. Bahaya gak tido dlm kete. Aku mmg suka tido dlm kete.

bukanlah. aku rs ni mesti kes keracunan karbon monoksida. mmg byk kes jadi. kebykkannya sbb tido dlm kete n on enjin. x turunkan tingkap sikit.
Quote FanTasyCreaTioN 16-8-2014 06:05 AM
ishhh.. bahaya nya

kang turunkan tingkap skit nak tido sebab ngantok sangat ..
lain citer lak berlaku
Quote Tok_Batin 16-8-2014 06:21 AM
1. Keracunan disengajakan (bunuh diri)
2. Atau tidak disengajakan (kecuaian)


Last edited by Tok_Batin on 16-8-2014 06:24 AM

Quote faraway1 16-8-2014 06:39 AM
drivethru posted on 15-8-2014 03:14 PM
Xkan dua2 kena serangan jantung serentak. Bahaya gak tido dlm kete. Aku mmg suka tido dlm kete.

kami selalu buat road trip tidur dalam keta, kekadang berminggu jugak
on the road, selalu pesan kat husband, bukak tingkap kecik bagi angin keluar masuk,
tapi selalu tak on enjin pun ....
Quote drivethru 16-8-2014 06:50 AM
faraway1 posted on 16-8-2014 06:39 AM
kami selalu buat road trip tidur dalam keta, kekadang berminggu jugak
on the road, selalu pesan  ...

Selalu nyer x on kete yg menyebabkan org dlm lemaskan?

Akak road trip kat oberc boleh la. Xyah on kete. Sane musim sejuk. Bukak tingkap sikit pun dh sejuk. Kalo buat kat sini mmg banjir dlm kete kak. Hehe....
Quote faraway1 16-8-2014 06:52 AM
drivethru posted on 15-8-2014 05:50 PM
Selalu nyer x on kete yg menyebabkan org dlm lemaskan?

Akak road trip kat oberc boleh la. Xyah ...

road trip musim panas selalunya, summer
boleh tahan panas jugak dengan 30 celcius jugak,
cuma tak sepanas malaysialah...

tapi kami ada kipas guna battery...
kira lengkap segala malalah even fridge pun....

tapi kalau road trip dan tidur dalam keta masa musim sejuk, mau mati sebab beku
Quote batusembilan 16-8-2014 07:16 AM
Aku tido dlm keta kalau sorg2 off enjin buka tingkap skit. Jimat petrol hehe
Quote arianakhalid 16-8-2014 09:06 AM
drivethru posted on 16-8-2014 06:50 AM
Selalu nyer x on kete yg menyebabkan org dlm lemaskan?

Akak road trip kat oberc boleh la. Xyah ...

Kat malaysia ni aku perasan kalau bukak tingkap nyamuk berpesta dlm kereta.
Quote clarizsa 16-8-2014 09:09 AM
kematian mengejut...... hmmmmm

takziah....
Quote drivethru 16-8-2014 09:14 AM
arianakhalid posted on 16-8-2014 09:06 AM
Kat malaysia ni aku perasan kalau bukak tingkap nyamuk berpesta dlm kereta.

Betul tu. Aku kerja shift. Bila shift mlm, aku tido dlm kete waktu rehat. Nak on engin/ekon rugi minyak plak. Tak on kete, bukak tingkap sikit, nyamuk mmg berpesta darah. Huhu....
Quote saden 16-8-2014 09:20 AM
melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup


Macamana rupa orang tidor yang mencurigakan tu?
Quote scorpionkiki 16-8-2014 09:22 AM
drivethru posted on 16-8-2014 09:14 AM
Betul tu. Aku kerja shift. Bila shift mlm, aku tido dlm kete waktu rehat. Nak on engin/ekon rugi m ...

Pakai la cream insect repellant tu. I masuk dusun selalubguna. Atas rambut pun boleh gosok...nyamuk tu nanti tenth geram...see but no touch
Quote DOUBLE7 16-8-2014 09:39 AM
bahaya ke kalo tido lam kete on aircond tapi xbukak tingkap... aku slalu buat mcm tu...
Quote xtahumenahu 16-8-2014 09:41 AM
kalo x on enjin...rimas plak rase....
Quote alinone78 16-8-2014 09:51 AM
2 orang budak opis aku suka tdo dalam kereta n on aircond
Semoga depa insaf...
Quote Changa 16-8-2014 10:08 AM
Kak syak mereka semua ummah lgbtq.
Quote Changa 16-8-2014 10:09 AM
DOUBLE7 posted on 16-8-2014 09:39 AM
bahaya ke kalo tido lam kete on aircond tapi xbukak tingkap... aku slalu buat mcm tu...

Silap haribulan tidur la kamu sampai ke liang lahad.
Quote cruisekeanu 16-8-2014 10:10 AM
nasib tak ada yang tuduh mereka ini pasangan gay

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052243 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top