CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu Curi Kabel Untuk Beli Keperluan Anak-Anak

14-8-2014 04:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8601| Komen: 54

Ibu Curi Kabel Untuk Beli Keperluan Anak-Anak

Gambar hiasan



KUANTAN - Seorang ibu muda yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencuri  gelung kabel dalam pasar raya mengaku terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang untuk membeli keperluan anak seramai empat orang.

Noor Baayah Harun, 20 dari Felda Bukit Sagu dekat sini yang juga ibu kepada empat anak berusia empat bulan hingga empat tahun itu memberitahu suaminya tidak bekerja dan mereka menumpang di rumah keluarga.

“Saya terpaksa mencuri kabel itu dan menjualnya untuk mendapatkan wang,” katanya ketika membuat rayuan.

Tertuduh yang dicekup pekerja sebuah pasar raya di Jalan Wong Ah Jang di sini didapati mencuri empat gelung kabel PVC pelbagai saiz dan sebuah alat pengecas bernilai RM86.60.

Cubaannya membawa keluar barangan itu dengan menyoroknya dalam beg tangan gagal apabila alat pengesan di pintu premis berbunyi dan dia ditahan untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada polis.

Tertuduh ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Hakimie Ali membuat rayuan agar mahkamah memberikannya peluang dengan mengenakan satu hukuman yang rendah.

Hakimie memberi alasan tertuduh mempunyai anak yang masih kecil termasuk bayinya berusia empat bulan dan masih menyusu badan.

“Tertuduh mengaku bersalah dan insaf dengan kesalahan yang dilakukan justeru mahkamah wajar mempertimbangkan hukuman ringan atau hanya dikenakan perintah kerja wajib (PKW) selama tiga bulan.

Bagaimana pun Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali terpaksa menolak hukuman yang dicadangkan peguam itu selepas pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Inspektor V Munesvaran mengemukakan rekod lampau tertuduh.        

Tertuduh pernah ditangkap mencuri kabel dalam pasar raya sama (cawangan lain) dua bulan lalu dan pernah didakwa di mahkamah itu.

Bagi kesalahan terdahulu tertuduh diberi peluang apabila diperintahkan menjalani PKW bagaimana pun dia gagal mematuhi syarat yang ditetapkan sebaliknya terus mengulangi kesalahan sama.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_rambutan 14-8-2014 12:18 PM
16 tahun dah kawin dgn budak laki takdak keja pastu dpt 4 anak... ekonomi kuarga dah kacau bilau.. kesian anak2
Quote fiezameysekali 14-8-2014 12:18 PM
hoh 20 thun 4 anak???

Quote Budakmomok 14-8-2014 12:20 PM
jadi maid x nak ke?laki tu elok dihumbankan
Quote blackred99 14-8-2014 12:22 PM
penagih ke laki dia?
Quote idril 14-8-2014 12:24 PM
set2 felda laki dia mungkin penagih kot.....
Quote gede-bab 14-8-2014 12:27 PM
fiezameysekali posted on 14-8-2014 12:18 PM
hoh 20 thun 4 anak???

apa nak heran...jenis baka subur..pastu tak tau kaedah merancang keluarga...
Quote emmaisa 14-8-2014 12:27 PM
mungkin pompuan ni dulu remaja bermasalah
tu yg dikawinkan aje dpd merambu tak menentu
tapi silaplah kawin dgn lelaki tak boleh harap

geram pulak aku dgn jantan makan tido makan tido ni...tau buat anak aje!!!!
Quote crazecousa 14-8-2014 12:30 PM
kawin cpt ingtkan matang cpt..rupenye bodoh
Quote fiezameysekali 14-8-2014 12:34 PM
gede-bab posted on 14-8-2014 12:27 PM
apa nak heran...jenis baka subur..pastu tak tau kaedah merancang keluarga...

huhuhuhuh
kompem xsekola kan..umur 16 or 15 kot kawen ni

btw die kije kat pasaraya cowboy ni
Quote leylapple 14-8-2014 12:38 PM
umo muda...

kudrat beranak tiap2 tahun dah ada..cuma sayangnya kudrat nak bkerja tak ada pulak...

pastu ada ati nak bagi anak2 makan rezeki haram...senang nak 'keje sonang' jer...

oleh kerana anak2 makan rejeki haram, maka diorang pun membesar mcm makpaknya jugak...

and the cycle goes on and on
Quote znuyul 14-8-2014 12:38 PM
niat x menghalalkan cara..
Quote kauado? 14-8-2014 12:42 PM
salahkan laki die dlm hal nih
Quote Parit.Hilton 14-8-2014 12:51 PM
kawan aku kerja pusat serenti.

dia cerita ada sorang budak baru masuk dalam dua minggu mengadu nak balik rumah. Umur 20 tahun.

bila tanya  kenapa nak balik, alasan dia bagi sebab tak boleh tido. Ingatkan kena kacau hantu ke atau kena buli dengan penghuni senior. Rupanya tak boleh tido sorang sebab kat rumah tido dengan emak.

si ayah tido la kat hall sorang2.

bila parents datang melawat, kemain lagi mak manjakan. siap pujuk macam pujuk budak kecik tak dapat coklat. budak tu siap hentak2 kaki merengek nak balik umah.

bila baca berita kat atas ni, terus aku terbayang spesis lelaki yg sama dgn laki budak perempuan yg kena tangkap tu.
Quote Suchi 14-8-2014 12:54 PM
muda2 dah 4 org anak
jelesnyaaaa
sonok oii umur muda ank ank dah berderet
dah bleh stop banak dah
umur 30an dah ade ank dara yg bleh tlg wat kije umah.
Quote Suchi 14-8-2014 12:57 PM
Parit.Hilton posted on 14-8-2014 12:51 PM
kawan aku kerja pusat serenti.

dia cerita ada sorang budak baru masuk dalam dua minggu mengadu na ...

yuckkk.. umur 20 tido ngn mak? semak tul katil
org lain ank umur setahun dah asing tido bilik lain..

kdg2 xphm gak org yg manja terlebih nk
plak kalo dah sampai dah kawen n beranak pinak bila blk kg sibuk nk tidur bawah tiak mak
terkontanh kanting pasangan dia..
Quote highcastle 14-8-2014 12:58 PM
Apa nak heran, sepupu aku kawin ngan penagih, umur 25 anak 7.......
Quote FanTasyCreaTioN 14-8-2014 01:14 PM
@Parit.Hilton

teruk nya mak tu

gerenti tak kan sembuh dari menagih sampai bila2 la kalo ada mak camtu  
Quote Johnyblaze87 14-8-2014 02:25 PM
Tu ler lepas kawin tau buat anak je. Kerja la sket.
Quote aezvogue 14-8-2014 04:15 PM
kesian sebab terpaksa mencuri nk bagi makan kt anak2 tp geram gak sebab dah tau tak der keje tp asik nk buat anak..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top