Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR. Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN. "Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar. "Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya. Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan. "Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka. "Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.
|
11
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Eric.n9 posted on 14-8-2014 01:51 PM
Rasa rasanya lah kan, "bakal" ada tak kes dewan bersidang bawah pokok macam kat perak dulu?:lol ...
scorpionkiki posted on 14-8-2014 01:38 PM
Sultan dah setuju? Nak jd mb kena sultan setuju dulu walau majority
meteorspeed posted on 14-8-2014 01:38 PM
aper kes sembenar nyer... aku lak yg kompius... dah raja perkenankan khalid so ada lagi ker to be co ...
ADVERTISEMENT