Dr Asri: Politik Bukan Segalanya
Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya. Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis: Apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama ALLAH, perangilah di jalan ALLAH sesiapa yang kufur dengan ALLAH. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini Hasan”). Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikannya ikutan. Justeru itu, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam. Lihatlah apa yang ALLAH tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):“Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190). Apakah politik kita ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebihan dalam tingkah perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: “Manusia yang paling ALLAH benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini. Piawaian Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’. Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka. Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk lagi. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!
|
ifanonline posted on 13-8-2014 10:10 PM
Melayu makan melayu...
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 10:07 PM
zaman anwar kena fitnah tak de pulak dr asri bersuara. ustaz2 politik mula backing khalid. ...
alesandra posted on 13-8-2014 10:19 PM
cuba baca betul2 artikel tu kalo ikutkan dia pukul sama rata laa..termasuk lah macai.aku setuju dgn ...
highcastle posted on 13-8-2014 10:42 PM
Yap serupalah macai sorang ni.. Siap bagi peringatan pasal fitnah, tapi dia kaki fitnah no.1 kat C ...
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 10:07 PM
zaman anwar kena fitnah tak de pulak dr asri bersuara. ustaz2 politik mula backing khalid. ...
tobby posted on 13-8-2014 11:04 PM
fitnah main suka sama suka dgn saiful ka?? bukankah bar council sendiri yg mengiktiraf berlakunya ...
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 11:39 PM
Lol.. Fitnah main dengan cina doll cmne plak? Kes rasuah rm 24 juta. Kes pkfz, kes lembu. Kau xnam ...
tobby posted on 14-8-2014 01:16 AM
pkr belajar dgn umno bab rasuah ni ... klu dah asal umno.
CiliPadiSedap posted on 14-8-2014 01:21 AM
Khir toyo rm 24 juta salah anwar. Lembu DLM kondo meratib anwar. Kasihan melihat kau.
CiliPadiSedap posted on 14-8-2014 01:21 AM
Khir toyo rm 24 juta salah anwar. Lembu DLM kondo meratib anwar. Kasihan melihat kau.
ADVERTISEMENT