CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maznah Puas Layan Kucing

14-8-2014 01:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7760| Komen: 44

Maznah Puas Layan Kucing

Melaka: “Berinteraksi dengan kucing memberi kepuasan kepada saya walaupun ia hanya haiwan peliharaan,” kata Maznah Ali, 56, yang memelihara lebih 40 haiwan itu di rumahnya di Kampung Padang Temu, di sini.

Bagi Maznah, berinteraksi dengan kucing terbiar yang dibuang pemiliknya satu ruang buatnya meluahkan perasaan dan melepaskan sebarang tekanan.


Lebih menarik, kebanyakan kucing itu haiwan terbiar dikutip di jalanan selain dihantar pengusaha restoran yang mendapati pusat perniagaan mereka menjadi lokasi pembuangan haiwan berkenaan.

Menurutnya, kucing pelbagai jenis itu termasuk kacukan Siam dan tempatan seolah-olah memahami apa yang dibicarakan termasuk membalas percakapan.


Malah, katanya, haiwan berkenaan akan menyahut apabila dipanggil dengan gelaran masing-masing dengan kebanyakannya tidur bersamanya pada waktu malam.


Menurutnya, walaupun suami pada mulanya rimas dan tidak menyukai hobi itu, namun akhirnya akur dengan niat murni dan ikhlas untuk membela haiwan berkenaan, tambahan rumah kami ibarat pusat pembuangan kucing terbiar.

“Kucing juga seperti manusia, berdisiplin jika dididik dengan cara betul. Walaupun mulanya ada yang membuang najis di merata tempat, namun berkat kesabaran, ia sudah membuang air di tempat dikhaskan,” katanya yang tidak tergamak melihat kucing terbiar termasuk dibuang di tepi longkang.


Maznah berkata, dia membelanjakan RM15 sehari untuk perbelanjaan makan kucing berkenaan selain membawa haiwan itu ke klinik jika sakit.

“Semua kucing ini diberi nama antaranya mengambil sempena pemain bola sepak termasuk Lionel Messi (Argentina), Jerome Boeteng (Jerman) selain Kuntum, Ciko, Ipah, Shero dan Inot dengan kebanyakannya ada kaitan dengan tarikh lahir, peristiwa dan makna tertentu.


“Kerana sayang, saya pernah membawa kucing ke tempat kerja dengan membekalkannya susu botol dan diletakkan di dalam beg. Apa yang menarik, haiwan itu hanya mendiamkan diri ketika dibawa menaiki bas, malah tidak mengganggu rakan setugas di tempat kerja atau kantin pada waktu rehat,” katanya.


Bagi jirannya yang turut berkongsi minat sama, Ratina Nordin, 56, berkata, kucing menjadi teman karibnya berikutan dia hanya tinggal bersama suami selepas lima anaknya sudah berkeluarga dan tidak berasingan.


Katanya, sebanyak 15 kucing dijaganya kini dianggap tempatnya mencurah kasih sayang.




Bagus

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abbyhoney 14-8-2014 08:08 AM
bagus makcik ni...tak rugi berbakti kpd kucing2 ni...dapat pahala lagi..
Quote kenarikelabu 14-8-2014 08:57 AM
Kat tempat aku tolong kawan aku jual bege skg ni ada seko kucing jenis bulu kembang, taktau la org buang atau kucing sesat tak reti nk blk umah. Rajin aku ngn kawan aku bg mkn sket daging burger atau sosej...trus kucing tu lepak kt situ jer, dah setahun lebih jd penghuni tetap port burger kami
Quote biggirlduncry 14-8-2014 09:02 AM
moga dimurahkan rezeki acik ni..
Quote DOUBLE7 14-8-2014 09:41 AM
best bela kucen ni... bole hilangkan tension kalo tgk telatah dorg ni...
Quote psychobubble 14-8-2014 10:31 AM
kelas acik ni bg name kucen jerome boateng...
lps ni kasik name bastian schweinsteiger lak
Quote akusukaq 14-8-2014 10:45 AM
Kucing haiwan sahabat nabi . Memang tak sia2 buat baik dgn haiwan malaikat sentiasa mencatet segala kebaikan. Sunggu rugi orang yg tidak dapat fitrah sayangkan haiwan terutama kucing
Quote ladyxez 14-8-2014 10:47 AM
ayoyo hari binatang 1malaysia ke apa hari ni, banyak sangat benang kucing  anjing lembu hari ni
Quote mattzzx 14-8-2014 10:53 AM
DOUBLE7 posted on 14-8-2014 09:41 AM
best bela kucen ni... bole hilangkan tension kalo tgk telatah dorg ni...

Best memang best tapi yang tak tahannya time dia buang air.....

Quote DOUBLE7 14-8-2014 11:16 AM
mattzzx posted on 14-8-2014 10:53 AM
Best memang best tapi yang tak tahannya time dia buang air.....

kucing aku yg 1st dulu aku bela, mmg da train utk buang air dlm tandas, yg tu bapak aku train, pastu aku da bela kucing lain, masing2 mcm da tau kat mana nk buang air...
kucing aku yg 1st tu satu je aku xberkenan, kalo time aku nk tido memalam, dia dtg melepak atas katil hujung kepala aku, kibas2 ekor dia yg gebu tu kat muka aku, sakit plak hati aku... time lain xde plak dia cari aku... huhu...
Quote mattzzx 14-8-2014 11:21 AM
DOUBLE7 posted on 14-8-2014 11:16 AM
kucing aku yg 1st dulu aku bela, mmg da train utk buang air dlm tandas, yg tu bapak aku train, pas ...

Kalau 2 @ 3 boleh train lagi, macamana kalau dah ramai dah juga kucing dari mana datang dan tak tau asal usulnyaa...

Quote kauado? 14-8-2014 11:26 AM
psychobubble posted on 14-8-2014 10:31 AM
kelas acik ni bg name kucen jerome boateng...
lps ni kasik name bastian schweinsteiger lak

jewrettt profile pic
Quote DOUBLE7 14-8-2014 11:27 AM
mattzzx posted on 14-8-2014 11:21 AM
Kalau 2 @ 3 boleh train lagi, macamana kalau dah ramai dah juga kucing dari mana datang dan tak ta ...

train sekor kucing utk buang air dlm tandas, for sure yg lain2 akan ikot jgk sekali... kalo kucing yg dkt rumah aku suma mcm tu, bapak aku train sekor je dulu, pastu yg lain2 suma ikot... mcm mana bapak aku train aku pon xtau...
Quote solstice 14-8-2014 11:34 AM
suka kucing
Dan cepat kesian
Tp x sanggup nak bela
Tak rajin

Respek org yg sanggup bela kucing ni
Cuma x tahan rumah depa mesti bau najis kucing
Quote mattzzx 14-8-2014 11:35 AM
DOUBLE7 posted on 14-8-2014 11:27 AM
train sekor kucing utk buang air dlm tandas, for sure yg lain2 akan ikot jgk sekali... kalo kucing ...

kelas lah bapa awak tu....boleh buat citer ni ..' how to train your cat'...

Quote Peterpan17 14-8-2014 11:38 AM
mattzzx posted on 14-8-2014 10:53 AM
Best memang best tapi yang tak tahannya time dia buang air.....

Klu tak nak kucing berak merata, sediakan litterbox. Sila kembiri/neuter kucing. Kucing jantan yg intact & tak dineuter mmg suka kencing merata marking territory.  Itu nature binatang. Kucing aku semua litterbox train, all neuter female & male cat. takde mslh kencing/berak merata.
Quote DOUBLE7 14-8-2014 11:39 AM
mattzzx posted on 14-8-2014 11:35 AM
kelas lah bapa awak tu....boleh buat citer ni ..' how to train your cat'...

masa dia muda2 dulu dia pernah bela kucing, tu yg dia tu kot mcm mana nk train...  
Quote Peterpan17 14-8-2014 11:39 AM
DOUBLE7 posted on 14-8-2014 11:27 AM
train sekor kucing utk buang air dlm tandas, for sure yg lain2 akan ikot jgk sekali... kalo kucing ...

Ya betul. Kucing blh di train berak dlm toilet. Klu seekor dua oklah. Tp aku ada 11 ekor so jenuh nak membersih klu 11 ekor semua membuang dlm toilet. Aku sediakan litterbox dlm toilet utk kucing2 aku membuang. Tp kucing mak aku ada 2 ekor mmg mak aku toilet train. Tak guna litterbox. Dia berak/kencing dlm lubang yg utk saliran air keluar dlm toilet tu.
Quote psychobubble 14-8-2014 11:40 AM
kauado? posted on 14-8-2014 11:26 AM
jewrettt profile pic

my fav actor la tuh
Quote Omong 14-8-2014 11:40 AM
Peterpan17 posted on 14-8-2014 11:38 AM
Klu tak nak kucing berak merata, sediakan litterbox. Sila kembiri/neuter kucing. Kucing jantan yg  ...

camner na train kucing jalanan?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055485 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top