MH17: Calon pensyarah USM antara 16 mayat rakyat Malaysia dikenal pasti
PAGOH: Seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti oleh pakar forensik di Amsterdam adalah Mohd Ali Mohd Salim, 30, yang berasal dari Kampung Jayor, dekat sini. Perkara itu disahkan oleh bapanya, Mohd Salim Sarmon, 65, yang memaklumkan dua pegawai Malaysia Airlines (MAS) datang ke rumahnya Sabtu lalu bagi menyampaikan khabar berkenaan. "Dua pegawai MAS datang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam untuk memaklumkan perkembangan mengenai anak saya dan mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti," katanya. Bagaimanapun Mohd Salim berkata, pihak pengurusan MAS tidak memaklumkan maklumat mengenai tarikh jenazah itu akan dibawa pulang ke Malaysia tetapi memberi jaminan pihak mereka akan menyalurkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa. Katanya, mengikut perancangan jenazah Mohd Ali akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, dekat sini.
Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218
|
3
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT