Liwat,Cincang Budak Untuk Kepuasan Seks!
Suspek, Muhamad Delvi (MD) dan Dita Desmala Sari (DD) dipercayai menculik kanak-kanak untuk diserang secara seksual sebelum dibunuh. Jenayah itu dilakukan bagi membolehkan pasangan terbabit mendapat kepuasan seksual sendiri. Ketua Polis Bengkalis, Andry Wibowo berkata, siasatan awal menunjukkan MD dan DD akan mengadakan hubungan seks selepas meliwat serta membunuh kanak-kanak terbabit. “Selepas dibunuh, mayat itu dipotong-potong,” katanya. Andry berkata, suspek penduduk Perawang di daerah Siak. Katanya, suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan makanan ringan sebelum dibawa ke tempat sunyi dan dicabul si isteri. “Selepas dicabul, dibunuh dan dicincang, Muhamad Delvi dan Dita akan berasmara,” katanya. Sementara itu, siasatan lanjut menunjukkan suspek turut dibantu dua individu lain iaitu Supiyan dan Diki Pranata. Mereka ditugaskan memotong kemaluan mangsa untuk disimpan, manakala tubuh dipotong dijual ke kedai arak. Pengarah Jabatan Jenayah Daerah Riau, Arif Rahman berkata setakat ini mereka disyaki membunuh sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak di tiga daerah berasingan. “Dalang utama jenayah ini ialah Muhamad Delvi, manakala tiga yang lain membantu. “Pembunuhan ini berlaku seawal Januari tahun lalu,” katanya.
|
sueism posted on 13-8-2014 12:32 AM
chop nak tanya kalau edisi bakso that means citer dari seberang tul tak?
ADVERTISEMENT