CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigi Palsu Tepi Jalan

13-8-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3375| Komen: 13

Gigi Palsu Tepi Jalan


BAGI penduduk di India yang kurang berkemampuan ke klinik gigi, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dokor gigi jalanan di New Delhi.

Tanpa temu janji, kerusi mahal, elektrik dan peralatan canggih, penyedia perkhidmatan yang menggelar diri mereka sebagai doktor gigi jalanan ini melakukan prosedur merawat gigi menggunakan peralatan lama dan terhad.

Pesakit hanya perlu membayar 50 rupee (RM3) untuk mencabut gigi dan 150 rupee (RM8) untuk gigi baharu. Manakala, untuk set gigi palsu baharu bernilai 1,500 rupee (RM79) berserta jaminan selama setahun.

Bagi Surinder Singh, 67, dari Ludhiana di Punjab, beliau menjalankan perniagaan itu lebih 40 tahun setelah mempelajari teknik rawatan gigi daripada bapanya.

“Beberapa puluh tahun lalu, saya terima sehingga 15 pesakit sehari. Tetapi sekarang hanya tiga ke empat orang sahaja dalam seminggu dan memperoleh sekitar 2,500 rupee (RM131) sebulan,”katanya dipetik Mail Online

Bagaimanapun, pesakit perlu mengambil risiko kerana  peralatan digunakan tidak pernah disteril.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 12-8-2014 12:49 PM
sapo la cutomer hat berani coba nih
Quote vv2005 12-8-2014 12:57 PM
gerun aku tgk peralatanya
Quote flying_cow 12-8-2014 01:02 PM
Geliiiiii
Quote emmaisa 12-8-2014 01:12 PM
doktor tauliah sendiri la ni...
Quote znuyul 12-8-2014 01:26 PM
kebersihan camne??siap ada jaminan setahun..
Quote PongKang 12-8-2014 01:31 PM
mcm bomoh gigi
Quote jengkoil 12-8-2014 01:32 PM
Doktor kat india emang cenggitu...klinik mcm kedai jamu je...60-70% doktor yg bukak klinik tu xde approved cert..gantung fake cert adja.
Quote cmf_almondpecan 12-8-2014 01:36 PM
Cuba tgk video famous ni. Doktor gigi kita kalau bersidang pun ada tunjuk video ni.

[youtube]3ol-RyYnTD4[/youtube]
Quote DayangKirana 12-8-2014 01:41 PM
dah la peralatan tak pernah disteril..
hat gigi palsu tu kena try test dulu la tengok fit ker tidak kan? iskkkhh..

Quote Munnalicious 12-8-2014 02:00 PM
Tp byk je aku tgk import nurse dari india dan pakar IT dari india. Dorg mmg teror ke bab ni ha?
Quote deanswify 12-8-2014 02:02 PM
tak berani ambil risiko ooo
Quote kenarikelabu 12-8-2014 02:07 PM
Dah itu je diorg termampu....sape2 yg terdesak mungkin on jer..
Quote mrsLucky 12-8-2014 05:04 PM
adoi kasihannya, miskin dan terpaksa i rasa...gigi palsu tu ok lagi..tapi inject tah apa dan cabut gigi tu...tak sanggup i

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032201 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top