Siasatan MH17 Sudah Capai Tahap 50 Peratus
DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI Sepang – Siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sehingga kini sudah mencapai tahap 50 peratus berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di kawasan insiden serta keterangan saksi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata selain barangan peribadi, pasukan penyiasat antarabangsa telah pun menemui kokpit pesawat di kawasan ladang penternakan ayam berdekatan lokasi nahas. “Siasatan awal mendapati terdapat kesan tembakan pada kokpit berkenaan namun pasukan penyiasatan antarabangsa mungkin mengambil masa tiga minggu lagi untuk mengeluarkan serpihan pesawat itu dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau berkata buat masa ini juga hasil siasatan masih belum menemui baki mayat mangsa, oleh itu siasatan diperluaskan di kawasan tasik berdekatan lokasi nahas bagi mencari mayat mangsa yang belum ditemui.
Justeru itu, katanya, pasukan penyelam terdiri daripada sepuluh orang dari negara Belanda, Australia dan Malaysia akan menjalankan operasi di tasik berkenaan. “Operasi mencari di tasik telah bermula pada pukul 7.30 pagi tadi waktu tempatan, namun belum menemui sebarang bukti mahupun mayat mangsa,” katanya. Setakat ini, 62 lagi mayat mangsa belum ditemui sejak pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas. Datuk Seri Ahmad Zahid berkata pasukan penyiasat antarabangsa hanya diberikan masa sejam setengah untuk berada di lokasi nahas dan zon siasatan telah diperluaskan daripada empat zon kepada enam zon. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=96
|
9
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT