MH17: Pengusaha restoran dirindui warga Rotterdam
AMSTERDAM, (MLP) - Pengusaha restoran, Jenny Loh Yan Hwa, 55, yang terkorban dalam nahas MH17, merupakan seorang rakyat Malaysia yang sangat penting di kalangan warga Belanda. Loh dan suaminya, Fan Shun Po, 60, merupakan pengusaha dua buah restoran terkenal di bandar Rotterdam, Asian Glories dan Dim Daily. Menurut rakan baik Loh, Sharina Karim, kedua-dua restoran tersebut bukan sahaja popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Rotterdam, tetapi juga warga tempatan. Masakan tradisi Malaysia seperti nasi lemak, kangkung goreng belacan, mi kari dan banyak lagi, antara menu pilihan di restoran milik Loh. Tambah Sharina, seluruh penduduk bandar Rotterdam mengenali Loh dan restorannya, malah restoran Asian Glories pernah menerima rating daripada daripada Michelin, kerana menu bajetnya yang disifatkan hebat dan berbaloi.
Pada 20 Julai lalu, beratus penduduk bandar berkenaan, diketuai Datuk Bandar, Ahmad Aboutaleb, dan chef selebriti, Herman den Blijker, mengadakan upacara khas untuk memperingati Loh yang terkorban bersama suami dan ibunya dalam nahas berkenaan. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=97
|
14
Bagus |
8
Marah |
20
Terkejut |
10
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT