CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guan Eng Serah rumah mewah kpd penduduk Buah Pala

17-5-2013 10:49 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13675| Komen: 102

Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.


Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 17-5-2013 10:43 AM
untung laaa...
Quote prettyuglybabe 17-5-2013 10:43 AM
abis yang 9 tak mau terima tu dapat juga ke, atau putih mata je??
Quote putr@polo 17-5-2013 10:45 AM
cerita lama ni.. ape2 pun tahniah lah penduduk kpg buah pala kerana buat pilihan yang bijak..
Quote cuki 17-5-2013 10:46 AM
orang bagi, kita amik la.... kan selalu pon mcm tu kan....
Quote little_sis 17-5-2013 10:48 AM
teres 2 tingkat tuhhh... bestnyeee...
Quote tepets 17-5-2013 10:50 AM
apa lagi jual la balik
Quote Mizlyn 17-5-2013 10:53 AM
untung dpt rumah itu... tanah kat penang kan mahal...
Quote lizaliza 17-5-2013 10:55 AM
Dap rasis! rasis! rasis!
camana nak jawab, orang tunjuk baik tabur budi kita tabur taik
tak pandai nak cover diri
Quote azharuchan 17-5-2013 10:55 AM
penduduk berembang n chubadak apa cite eh??
Quote tupaiterbang 17-5-2013 10:56 AM
biasa taktik DAPig..bagi sedikit untuk amik banyak..belajar dr Umgok
Quote azharuchan 17-5-2013 10:57 AM
tepets posted on 17-5-2013 10:50 AM
apa lagi jual la balik

itu biasa kaum tu buat...

lps jual ngadu, harga rumah melampau la, tak mampu org melayu nk beli la...
Quote poyohabis 17-5-2013 10:58 AM
best tu dapat umah yg lagi cantik dr umah mereka sebelum nie...
Quote sitihawa 17-5-2013 11:00 AM
satu lagi projek bukan kerajaan barisan nasional
Quote Anden 17-5-2013 11:06 AM
terima kasih kerajaan negeri yg berpegang pada janji

Masih ingat kes ni..punya hangat dimainkan oleh mic...cucuk hindu2 setinggan kat situ..hakikatnye beberapa org dah jual tanah tu kat nusmetro..

Yg 9 org bodoh tu kena cucuk ngan mic le...

Aku hampir nak letak downpayment kondo yg nusmetro buat kat situ..
Akibat pergaduhan ni ..aku tarik balik keputusan tu..byk pembeli tintut balik down payment..

Akhirnye lepas menang kes..nusmetro buat balik kondo tu dan satu lg low cost apartment kat area tu..
Dah siap kondo tu mmg cantik betul...nyesal pulak aku tak sabar hari tu.

Adik ipar register utk low cost apartment tu dpt dan beli...la ni harga apt tu pun dah 3 kali ganda...
Kondo tu silap2 nak cecah 1 million...huhuhu..:Q
Quote Anden 17-5-2013 11:08 AM
poyohabis posted on 17-5-2013 10:58 AM
best tu dapat umah yg lagi cantik dr umah mereka sebelum nie...

rumah mereka rumah papan je asalnye..setinggan siap ada bela lembu masa tu kat situ..
Quote azharuchan 17-5-2013 11:14 AM
Anden posted on 17-5-2013 11:08 AM
rumah mereka rumah papan je asalnye..setinggan siap ada bela lembu masa tu kat situ..

apa nk heran setinggan bela lembu, kt kondo pun ada...
Quote ctaz 17-5-2013 11:17 AM
huhuhuh best nyerrrrr........
tapi kerajaan BN bagi lagi best....rumah 21 tingkat....


HAHAHAHAHHAAHAA
Quote seroja11 17-5-2013 11:18 AM
azharuchan posted on 17-5-2013 11:14 AM
apa nk heran setinggan bela lembu, kt kondo pun ada...

betul x4....................
Quote kecimpret 17-5-2013 11:44 AM
guan eng ni dari parti rasis DAP tu ke?..parti rasis nape tolong org India?..patut dia tolong cina je laaaaa



Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top