CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gadis 17 tahun dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air

19-9-2012 02:20 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 41461| Komen: 186


Mangsa diheret dari bilik tidurnya sebelum dirogol dalam bilik air.

        KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
        
        Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.
        

Suspek turut menggeledah bilik tidur mangsa untuk mencari barang berharga.

        Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.
        
        “Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.


       “Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.
        

Suspek dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

        Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.
        
        “Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.
        
        Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
        
        “Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.
        
        “Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.
        
        Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.
        
        
        Acu parang
        
        Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku. Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.
        
Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.
        
        "Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air,"
katanya.
        
        Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.
        
        "enjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.
        
      
        Mangsa pengsan

        
        Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.
        
        "Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.
        
        Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.
        
        "Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.
        
        Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian .
                                                                                                                                                                                                        




p/s : dah penjara pun x serik.. umur pun dah lanjut.. haramjadah!! dah boleh hukum rejam dah ni


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cemp 19-9-2012 10:19 AM
kesian budak tu da la nak ambik spm....
Quote aurora273 19-9-2012 10:21 AM
kluar penjara terus nak ngeseks...???? hadoi....
Quote sue_0684 19-9-2012 10:24 AM
dunia sekarang dah tak selamat..
Quote Radzor 19-9-2012 10:24 AM
hudud  ..........
Quote jonlabu 19-9-2012 10:24 AM
menggelegak darah aku pagi2 ni...rasa mcm nak mencantas kotteyyy
Quote mute 19-9-2012 10:25 AM
g lah langgan pelacor,kumpul duit sesikit...geram tol ak axtiviti perogolan ni semakin bekembang kat kg kg...tangkap potong anu jelah trus.
Quote solstice 19-9-2012 10:28 AM
Yg ni memang kesian yg amat2

Kalau yg betina kena rogol sbb ikut jantan baru kenal 2 hari memang aku padankan muka
Quote ~anya~ 19-9-2012 10:28 AM
kesian... dah nak dekat sangat spm... mesti sangat trauma sampai pengsan....


sorry... kena juga cakap.... kotorlah bilik air rumah nih....
Quote solstice 19-9-2012 10:30 AM
suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol
Wahhhhhhhh
Berkesan sangat undang2 & hukuman yg ditiru bulat2 dari klaw omputeh penjajah ni
Tahniah!!!!!

Kena penjara sbb merogol
Makan tido free selama berpuluh tahun dalam jel
Kuar jer penjara x teragak2 utk merogol semula
Quote solstice 19-9-2012 10:31 AM
Bagi sesapa yg gigih mengeji hukuman Islam & mendewa2kan hukuman sekular harap berpuas hati
Semoga x kena kat batang hidung anda atau anak cucu anda
Quote solstice 19-9-2012 10:31 AM
Manusia2 yg bangsat

Semoga ko.te nya putus kena makan ngan anjing
Quote fazzrules 19-9-2012 10:32 AM
mangkok hayun camni patut dilupuskan jer dari duinia kalau dpt tangkap..tak psl2 budak tu trauma..dah lah kejadian lam rumah sendiri plak tu...
Quote lasagnaklcc 19-9-2012 10:32 AM
Yg ni patut2 la kesian...

Mmg nekad sungguh la diorg pecah masuk semata2 nak merogol
Quote kudajantan77 19-9-2012 10:32 AM
Mesti dak pompuan tuh lawa dan mengkal ... sbb tuh kena aim ...
Quote kopokleko 19-9-2012 10:33 AM
Ini kes terpencil.....Mulaysia masih selamat
Quote dainese 19-9-2012 10:35 AM
memang bangsat penjenayah tersebut...dapat tangkap, kasi ajar cukup2!
Quote nuryakmal 19-9-2012 10:38 AM
sampai kena aim... bencila!!!!
semoga Allah beri hukuman setimpal pada mangkok ayun ni!!
Quote cmf_rambutan 19-9-2012 10:38 AM
memang bangsat.. umur 50an pernah kena jel sbb merogol.... jadi berapa tahun dia kena pada kes seblom nih... penjara rogol sepatutnya sampai umur kurang2 80 tahun atau hingga mati yang mana terdahulu dgn bagi makan satu kali sehari nasi bubur campur garam sahaja
Quote lostfaith 19-9-2012 10:39 AM
Takde orang nak padankan muka mangsa rogol ke? ataupun wat spekulasi mangsa duk pakai seksi di kawasan rumah sampai jiran naik stim...

Ramai kan kat sini suka padankan muka mangsa rogol....

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045120 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top