Boikot secara menyeluruh sebagai tekanan KUALA LUMPUR 5 Ogos - Tindakan membantah kekejaman Israel seperti dengan memboikot produk keluaran negara itu perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memberitahu masyarakat dunia supaya turut serta dalam bantahan itu dalam skala lebih besar.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sekatan ekonomi ke atas Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang bersekongkol dengan Israel juga perlu dibuat kerana mampu memberi tekanan dan menjadikan kesan bantahan lebih efektif.
"Tindakan memboikot tidak boleh dilakukan secara senyap, ini strategi tidak betul kerana kita perlu menghebahkan kepada masyarakat dunia seluas mungkin. "Kalau betul-betul hendak hukum Israel, kita perlu lakukan sebagaimana AS laksanakan sekatan ekonomi ke atas Rusia sebagai bantahan terhadap tragedi MH17 yang ditembak jatuh. "Oleh itu, dunia perlu lakukan perkara sama ke atas AS dengan memberi tekanan kepada negara kuasa besar itu sebagai penyokong terkuat Israel yang memberi banyak bantuan ketenteraan kepada rejim itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru Umat Islam di seluruh dunia agar mengatur strategi secara senyap bagi menentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Kata beliau, strategi yang diaturkan tidak perlu didedahkan kerana akan membantu rejim itu menyiapkan diri untuk bertindak balas. Dalam pada itu, Azmi berkata, semua negara di dunia yang turut membantah kekejaman Israel boleh bersatu dengan menggambarkan Israel sebagai negara yang perlu dihindari sebagaimana gambaran yang diterima oleh Afrika Selatan pada tahun 1980-an kerana mengamalkan dasar Apartheid. Katanya, pelabelan seumpama itu layak diterima Israel bagi menunjukkan bahawa semua negara tidak mahu berkawan dengan rejim itu. "Jangan takut kepada serangan balas oleh Israel kerana memang ada serangan sebegitu sebagaimana yang diterima Malaysia apabila mereka menuduh kita melatih pejuang Hamas, namun tuduhan sebegitu menunjukkan strategi bantahan yang kita buat memberi kesan. "Jadi Malaysia perlu lebih lantang walaupun mendapat serangan balas, tidak perlu lakukan secara senyap kerana takut serangan mereka memandangkan akhirnya mereka akan tahu juga," katanya. |
jengkoil posted on 6-8-2014 11:33 AM
Dok attack mekdi je...yg lain dlm list tu senyum adja...
ke boikot phase by phase lagi effective?
akughi posted on 6-8-2014 11:37 AM
produk lain pun dah start diboikot.....
ko pun kene la mula kurangkan produk lain2 spt nestle p ...
jengkoil posted on 6-8-2014 11:50 AM
Dah lama dah aku join ni...aku follow list dari inmind.com je...
dari pemerhatian aku..org dok ...
bangcak posted on 6-8-2014 11:52 AM
boikot kene menyeluruh
bukan setakat mekdi, amerika proksi israel pon kita kena boikot.
cak! posted on 6-8-2014 12:22 PM
Lepas ni kita kempen kuat boikot NESTLE plak!
Boikot MILO, MAGGI, KITKAT, COLGATE
milo_888 posted on 6-8-2014 12:50 PM
yup... ai pun tengah fikir2 apa produk lain selain the famous McD.. terutamanya Nestle yang ada da ...
ADVERTISEMENT