CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paras air kritikal kata nya"

17-5-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4709| Komen: 36

Description: SUBANG JAYA - Syabas memaklumkan berlaku penyusutan ketara paras kolam imbangan dan utama di negeri ini.Penyusutan dikatakan berpunca daripada peningkatan permintaan bekalan air berikutan cuaca panas ...


SUBANG JAYA - Syabas memaklumkan berlaku penyusutan ketara paras kolam imbangan dan utama di negeri ini.

Penyusutan dikatakan berpunca daripada peningkatan permintaan bekalan air berikutan cuaca panas ketika ini.

Bacaan paras kolam air yang dicatat di beberapa kolam utama setakat 10 pagi semalam menunjukkan penurunan yang ketara dan berada pada tahap kritikal.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred  berkata, pihaknya mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan kod hijau apabila berlaku gangguan air membabitkan 15,000 akaun pengguna di kawasan Subang Jaya sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, Kolam Air Lapangan Terbang Subang yang mengalami penyusutan mendadak kelmarin menunjukkan peningkatan setelah mendapat bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

“Kebanyakan kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air sejak Selasa lalu mula menerima bekalan air tengah malam kelmarin dan pulih secara berperingkat,” katanya.


Beliau berkata, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jumlah permintaan semasa bekalan air terawat adalah di tahap 4625 JLH (purata sehingga semalam) berbanding dengan jumlah kapasiti pengeluaran boleh agih iaitu 4661 JLH.

Jelasnya, ada beberapa loji daripada 34 loji sedia ada beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya.
Kadar rezab bekalan air dilaporkan berada pada tahap rendah iaitu kurang dari satu peratus menyebabkan paras beberapa kolam air utama menurun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitihawa 17-5-2013 09:41 AM
i love selangor
air free

syabas jangan main wayang, sekali MB selangor sekeh kang
Quote tebuanharimau 17-5-2013 10:01 AM
skali syabas kuar komen air kritikal..terus hujan mencurah curah skrg ni
Quote little_sis 17-5-2013 10:03 AM
pagi nih pun ujan kan..
anyway sejak2 lps kejadian air xde aritu aku skrg dh standby berbotol2 air kat umah.. hazab sgt xde air.. aritu 3 hari x mandi..  
Quote genUmi 17-5-2013 10:05 AM
alhamdulillah

hujan sangat lebat sekarang
Quote berun 17-5-2013 10:08 AM
little_sis posted on 17-5-2013 10:03 AM
pagi nih pun ujan kan..
anyway sejak2 lps kejadian air xde aritu aku skrg dh standby berbotol2 air  ...

mandi la kt swiming pool n kita..
Quote chinatsu 17-5-2013 10:08 AM
harap2 masalah air di selangor dapat settle dengan baik..
Quote little_sis 17-5-2013 10:09 AM
berun posted on 17-5-2013 10:08 AM
mandi la kt swiming pool n kita..

segan nk mandi kat swimming pool.. huhuhuhuhu
hari tu balik kg, mandi puas2.. huhuhu..
Quote totokreturn 17-5-2013 10:10 AM
Di harap kerajaan persekutuan BN jangan laa menyekat kerajaan selangor mahu amibik alih syarikat kroni umno syabas nih kalu rasa  rakyat selangor juga warganegara malaysia.... dan bila kerajaan selangor take over semula syabas, projek air langat 2 pun bleh dijalankan semula....

Sudah2 laa nak main wayang demi politik umno yg kotor lagi hina tuh....
Quote totokreturn 17-5-2013 10:13 AM
Di rumah2 flat seluruh selangor sebelum pilihanraya arituh, syabas berjanji pada semua yg dok flat, hari ni bn menang di selangor, bulan nih juga semua penduduk flat, aparment seluruh selangor dapat meter individu syabas akan buat.... nampak tak wayangnya...
Quote berun 17-5-2013 10:15 AM
totokreturn posted on 17-5-2013 10:10 AM
Di harap kerajaan persekutuan BN jangan laa menyekat kerajaan selangor mahu amibik alih syarikat kro ...

betul2 saya setuju.....
Quote Fariz07 17-5-2013 04:34 PM
kritikal sampai banjir
Quote lizaliza 17-5-2013 04:40 PM
kritikalnya...panas...hujan dah tak turun sejak 5 mei...
tengahari tadi pon terik teramat kat shah alam...
Quote adi87 17-5-2013 04:52 PM
ni keluar kat paper mane?
Quote ResellerMaxis 17-5-2013 04:57 PM
apsal air empangan leh susut..aku tengok air sungai klang bukan main tinggi naik..penuh sampah lak tu..
Quote tehherba 17-5-2013 04:58 PM


da masuk TV3 ka lom
Quote asrisha 17-5-2013 04:59 PM
tebuanharimau posted on 17-5-2013 10:01 AM
skali syabas kuar komen air kritikal..terus hujan mencurah curah skrg ni

teman pon perasan, asal Syabas nk pedajal negeri Selangor dalam kenyataan mereka, Allah Turunkan Hujan rahmatnya...

Syukur, Segala pujian hanya yang berhak kepadaNya...
Quote prettyuglybabe 17-5-2013 05:03 PM
kat subang je ke panas sampai tak cukup air? kawasan selangor lain??
Quote langau 17-5-2013 05:10 PM
kat bangi nie...hujan mencurah curah......tolong lah SYABASBANGANG jgn memperbodohkan rakyat selangor yg cerdik serta pandai ni.....
Quote cak! 17-5-2013 05:13 PM
ujan lebat arini..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.082529 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top