CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Flat Dicat Warna & Lambang Parti Politik Pas?

5-8-2014 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5286| Komen: 44

Flat Dicat Warna & Lambang Parti Politik Pas?



GEORGE TOWN – Tindakan mengecat empat daripada 26 blok pangsapuri di Taman Tun Sardon di sini dengan warna dan corak yang menyerupai lambang sebuah parti politik menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Dakwa mereka perbuatan itu boleh menyebabkan penduduk berpecah belah.

“Memang warna itu cantik tapi bila depa (mereka) letak macam lambang parti rasa tidak syok. Lambang parti apa pun tak patut dicat (pada bangunan pangsapuri). Masyarakat boleh berpecah belah pasal politik,” kata Zainab Bee Mohd Yusof, 68, ketika ditemui Isnin.

Dia yang tinggal di pangsapuri empat tingkat tersebut sejak 1983 berkata tindakan itu juga tidak sesuai kerana sekarang bukan musim pilihan raya.

“Kalau nak cat warna bendera Malaysia tak apalah juga, sebab melambangkan semua masyarakat, tetapi kalau (lambang) parti ni ada yang sokong parti lain, ini yang tak syok,” katanya.

Tinjauan Bernama di situ mendapati Blok AH, AG, AJ dan AK yang dalam proses dicat baharu dengan warna hijau dan putih turut memaparkan bulatan berwarna putih pada bahagian teratas dinding.

Jun lepas, akhbar rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang Buletin Mutiara melaporkan Pengerusi Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pelaksanaan kerja mengecat melibatkan 26 blok pangsapuri Taman Tun Sardon itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 5-8-2014 08:19 AM
X mcm ijau pas pun...
lenkali wat bulat putih tu byk2 ala polka dot gittew... Last edited by jengkoil on 5-8-2014 08:20 AM

Quote idadzira 5-8-2014 08:19 AM
hek ala x sama langsung kot. BERNAMA dah x de cerita ke nak buat? x de kerja lain asyik la nak timbulkan isu politik, perkauman. dah macam dajjal je perangai
Quote LUNCH 5-8-2014 08:20 AM
jengkoil posted on 5-8-2014 08:19 AM
Gambo mana?

Dah ada tu.
Quote LUNCH 5-8-2014 08:23 AM
idadzira posted on 5-8-2014 08:19 AM
hek ala x sama langsung kot. BERNAMA dah x de cerita ke nak buat? x de kerja lain asyik la nak timbu ...

Semejak PAS bercampur dengan DAP, PAS DAH main secara halus tu. Warna hijau dah bulan kat dinding tu. DAPAS
Quote jengkoil 5-8-2014 08:23 AM
LUNCH posted on 5-8-2014 08:20 AM
Dah ada tu.

Yo laa...tadi tgk mcm xdo...
Quote PongKang 5-8-2014 08:27 AM
ok la tu kaler hijau. redup mata tgk. xkan la kaler oren ke kuning ke merah. penang kan go green.
Quote gekkou 5-8-2014 08:27 AM
mana ada sama
pas hijau gelap la
buta warna ke apa wartawan ni?

kot dah x de idea nk wat berita
color bgnn pn jadi isu
cehhh
Quote mikasa 5-8-2014 08:31 AM
Alahai...saja nak timbulkan isu.org dah cat tu pun kira bagus.cantik design cat
Quote akughi 5-8-2014 08:32 AM
hahahahahahahahahaha  dah macam bodoh je pas ni
Quote akughi 5-8-2014 08:32 AM
projek bagi kat kroni.....kroni ni ikut je telunjuk tuan......
Quote zacrin 5-8-2014 08:35 AM
benda macam ni pun boleh jadi isu ke lahai minda
Quote leylapple 5-8-2014 08:38 AM
bukan kaler ijau putih nie lambang petronas ker???
Quote budakmanentah 5-8-2014 08:38 AM
kalau xde bulatan putih tu mungkin la xde isu
Quote d'zeck 5-8-2014 08:41 AM
warna hijau pucat
menunjukkan PAS tak ada
iltizam dan kesungguhan
dalam political willpowernya

PAS takut2 pada cina DAP
dan sering tewas dengan bayang2 sendiri
Quote chinta89 5-8-2014 08:42 AM
gekkou posted on 5-8-2014 08:27 AM
mana ada sama
pas hijau gelap la
buta warna ke apa wartawan ni?

kalau wat bentuk dacing n kaler biru.. akan ade di akhbar ayat mcm ni ----> "rakyat menyambut baik warna yang dicat oleh pemimpin kerajaan"

sekian.
Quote bluehedgehog 5-8-2014 08:44 AM
klau flat biru putih tu tanda sokong zionis ke?
Quote naga_mas 5-8-2014 08:46 AM
leylapple posted on 5-8-2014 08:38 AM
bukan kaler ijau putih nie lambang petronas ker???

Itu dulu, lepas ada seorang perwakilan dari pertubuhan politik bangkitkan isu lambang Petronas macam lambang Pas, terus lambang petronas ada tone Hijau putih hijau.

Pengadu ni mungkin dari parti yang sama kot..
Quote freebird 5-8-2014 08:50 AM
ni musti wartawan lulusan spm je....
Quote d'zeck 5-8-2014 08:51 AM
bulatan putih itu melambangkan
simbol penempatan paling cikai
kategori flet murah dikhususkan
kepada lobai2 malang PAS

ia adalah kaedah pengagihan
status yang diwujudkan oleh cina
DAP bagi menunjukkan kelas kasta
dalam PR dengan PAS menghuni
di tangga terbawah dan paling hina

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040981 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top