CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peluru Sesat Hingap Kepala!

4-8-2014 12:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8663| Komen: 65

BANTING - “Aku kena tembak!” itu luah seorang lelaki yang dikenali sebagai Shukor yang dipercayai terkena peluru sesat di Jalan Jugra, Taman Banting Baru, petang semalam.


Adik mangsa, Norasliyana Othman, 28, menceritakan semula kejadian itu, abangnya bersama dua lagi individu termasuk tunangnya yang dikenali sebagai Iqbal menaiki sebuah kereta Honda City dalam perjalanan ke pekan Banting kira-kira jam 4.45 petang.

“Saya dimaklumkan oleh Iqbal, abang yang duduk di bahagian belakang memberitahu dia kena tembak, pada mulanya Iqbal yang sedang memandu kereta menyangka abang iparnya itu bergurau.

“Apabila Iqbal menoleh ke bahagian belakang mendapati dahi abang berdarah dan terdapat kesan peluru di dahinya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pada ketika itu keadaan Shukor lemah, Iqbal segera menghantar abang iparnya ke Hospital Banting untuk rawatan.


“Abang kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru tersebut,” katanya.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banting. Berita mengenai kes itu kemudian menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penembak sudah ditangkap dan senapang angin yang digunakan telah dirampas.








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 31-7-2014 11:17 AM
dan lagik amik gambaq
Quote cmf_premierleag 31-7-2014 11:18 AM
Gilooo la kawasan banting ni
Black area
Quote tupaiterbang 31-7-2014 11:20 AM
X-ray kepala dah macam benjol


Senjata buatan sendiri dan peluru yg digunakan






Quote jengkoil 31-7-2014 11:20 AM
Anak kegho lutong mawoh beghuk kakoh mana laa jadi sniper tu...?

Errr....gelap nye cermin keta bang...

Quote cikatilia 31-7-2014 11:21 AM
aduyaiii
ngeri nya tertanam disitu
Quote kudajantan77 31-7-2014 11:39 AM
kalau kena tepi kepala sure tembus ...
Quote princess_happy 31-7-2014 11:42 AM
kluar rumah pun dah takut skrg nih...kretip sungguh depa nih...patut hantaq p gaza nun...
Quote prettyuglybabe 31-7-2014 11:46 AM
apalah masalah manusia-manusia yang takde kerja ni
Quote biggirlduncry 31-7-2014 11:47 AM
kegilaan apa ni weii...
Quote matamata 31-7-2014 11:49 AM
Gangster amatur
Quote cmf_premierleag 31-7-2014 11:54 AM
Kejadian berlaku di rawang or banting????
Aku baca katanya di banting
Quote otai_g 31-7-2014 11:58 AM
sapa punya keje ni?

kalo dpt tangkap pelaku dia kasi lupuskan je dlm donia ni.

malaysia da terlalu rmi sgt makhluk2 x de sivik mcm ni.

Quote freebird 31-7-2014 12:02 PM
Apasal nama dia pekat Jawa?
Quote Yoongie 31-7-2014 12:07 PM
Kalau dapat tangkap malaun ni hantar terus gi gaza. nak sangat main tembak2.
Quote zehra2 31-7-2014 12:10 PM
isk takutnya..
lps ni kena beli keta kebal lah buat jalan2...
Quote bluberi 31-7-2014 12:13 PM
bangang betulllll
dh terer sgt menembak, pegi ke gaza sana tolong org tu perang!!
haramjad sungguh pangai!
Quote sekngucing 31-7-2014 12:27 PM
harap2 bnyak lagi penembak spt ini
AMIN
Quote aijinmisaki 31-7-2014 12:30 PM
princess_happy posted on 31-7-2014 11:42 AM
kluar rumah pun dah takut skrg nih...kretip sungguh depa nih...patut hantaq p gaza nun...

bila hantar ke gaza baru nak terberak-berak
Quote aijinmisaki 31-7-2014 12:31 PM
sekngucing posted on 31-7-2014 12:27 PM
harap2 bnyak lagi penembak spt ini
AMIN

kenapa tak kau aje yang jadi
nak berharap-harap..
nampak sangat pengecut

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.077651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top