CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pendakwah Shahul Hamid Menghina Penganut Agama Hindu

4-8-2014 12:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10749| Komen: 84

Pendakwah Shahul Hamid memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India, selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.

Bercakap dalam satu sidang akhbar  di Masjid Bandar Perda, Bukit

Mertajam hari ini hari ini, Shahul berkata beliau kesal kerana membuat kenyataan tersebut dan dengan ikhlas memohon maaf kepada semua yang terlibat.

Menurutnya lagi, beliau tidak bermaksud untuk melakukannya ataupun berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman.

Shahul berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, sambil
menambah ia adalah "kali pertama dan terakhir" beliau mengucapkan kata-kata tersebut.

Menurutnya, beliau bersedia menemui semua peringkat pemimpin tertinggi masyarakat India untuk memohon maaf secara terbuka dan merayu kepada akhbar berbahasa Tamil supaya menerbitkan permohonan maafnya itu dalam huruf besar.


Mengiringi Shahul ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan beberapa pemimpin PAS peringkat negeri.



Shahul, yang merupakan ahli PAS Kawasan Tanjong, menafikan membuat kenyataan itu atas sifatnya sebagai ahli PAS, tetapi beliau hanya cuba untuk menarik perhatian pendengarnya.

Malah, katanya, beliau tidak ingat bila beliaui menjadi ahli PAS.



Shahul berharap tiada lagi tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.

Beliau menggesa mereka yang memuat naik video ucapannya itu, yang dikatakan dibuat di sebuah surau di Shah Alam beberapa tahun yang lalu, supaya membuangnya dan berhenti menyebarkan pautan pada klip kontroversi.

Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan dengan tepat bila ucapan itu dibuat.

Shahul mendakwa beliau telah menerima hampir 1,000 panggilan telefon dan banyak mesej teks, kebanyakannya berunsur mengancam, termasuk yang membuat ancaman bunuh terhadapnya.


Sebuah kereta yang dipercayai milik Shahul juga disimbah dengan serbuk kari, tetapi beliau menafikan ia adalah keretanya.

Shahul juga mendakwa telah memberikan kenyataan di Balai Polis Bandar Perda selepas lebih 400 laporan dibuat terhadapnya.

Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields petang semalam bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap Shahul.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 31-7-2014 03:25 PM

apasal PAS tak reti nak duduk diam  ??

-  suka ker tengok org berbunuh2  ??






Quote ResellerMaxis 31-7-2014 03:28 PM
dess402 posted on 31-7-2014 03:25 PM
apasal PAS tak reti nak duduk diam  ??

-  suka ker tengok org berbunuh2  ??

kalau sekali pandang..macam ahli umno pulau penang..adakah ahli umno yang diupah untuk memburukkan PAS???
Quote alesandra 31-7-2014 03:28 PM
typical .set2 lobai jumud pas
Quote clarizsa 31-7-2014 03:31 PM
jijik tgk janggut dia... cam penuh kutu n kelemumur... yucks
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 03:32 PM
alesandra posted on 31-7-2014 03:28 PM
typical .set2 lobai jumud pas

tapi lobai ni special..pandai minta maaf..xsalah kan orang lain..xtuduh orang putar belit kenyataan dia macam ahli pas yang lain..
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 03:33 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 03:31 PM
jijik tgk janggut dia... cam penuh kutu n kelemumur... yucks

kau xtahu ke tu snnah para nabi dan para sahabat..nanti kalau kau dapat masuk syurga.semua penghuni syurga akan berjanggut macm tu..
Quote gede-bab 31-7-2014 03:38 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 03:31 PM
jijik tgk janggut dia... cam penuh kutu n kelemumur... yucks

jgn hina janggut kak...kalu dia gesel2 kat akak..pasti akak lena
Quote clarizsa 31-7-2014 03:40 PM
gede-bab posted on 31-7-2014 03:38 PM
jgn hina janggut kak...kalu dia gesel2 kat akak..pasti akak lena

euuwww............ x suka la.... huhu
Quote clarizsa 31-7-2014 03:40 PM
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 03:33 PM
kau xtahu ke tu snnah para nabi dan para sahabat..nanti kalau kau dapat masuk syurga.semua penghun ...

sikit2 xpe la... ni serabut semacam je...
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 03:47 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 03:40 PM
sikit2 xpe la... ni serabut semacam je...

sunnah nabi janggut kena segenggam..yang lebih segenggam tu baru buang..yang sikit-sikit tu bukan sunnah nabi..tu sunnah kambing...simpan sejemput je janggut..
Quote Yoongie 31-7-2014 03:48 PM
patut aku cam selalu tengok pendakwah ni, rupanya dia ni peserta Pencetus Ummah kat astro oasis tu. mamu mamu
Quote yayaji 31-7-2014 03:53 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 03:31 PM
jijik tgk janggut dia... cam penuh kutu n kelemumur... yucks

janggut-janggut pun...kuota sudah 3 da...
Quote clarizsa 31-7-2014 03:56 PM
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 03:47 PM
sunnah nabi janggut kena segenggam..yang lebih segenggam tu baru buang..yang sikit-sikit tu bukan  ...

kambing? goatie? klu muka ensem, mmg smart ade goatie...

and i rasa janggut pak itam nih lebih dh dr segenggam kot... euuww
Quote mrsLucky 31-7-2014 03:56 PM
Dia berani minta maaf, perkasa tak pungut derma ker? Mana tau dia perlukan bodyguard

Anyway perluker nak membuat lawak seperti itu...orang yang kurang didikan moral dan rendah EQ jer yang suka buat lawak bodoh camni..
Quote clarizsa 31-7-2014 03:56 PM
yayaji posted on 31-7-2014 03:53 PM
janggut-janggut pun...kuota sudah 3 da...

tu dia.... pulun... huhu
Quote TuntungReturn 31-7-2014 04:01 PM
la..pi mintak maaf buat pa..ckp bideo tu besi,,senang cita
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 04:04 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 03:56 PM
kambing? goatie? klu muka ensem, mmg smart ade goatie...

and i rasa janggut pak itam nih lebih  ...

smart memang smart..tapi xdapat pahala sunnah ar..orang nak kejar sunnah tu..xkan lah sunnah bini 4 jer nak ikut kan..
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 04:06 PM
TuntungReturn posted on 31-7-2014 04:01 PM
la..pi mintak maaf buat pa..ckp bideo tu besi,,senang cita

ustaz ni xabis berguru lagi dengan otai-otai pas..tu yang minta maaf..xpun cakap jer..jangan amik sekerat sekerat..kena tonton full video..
Quote melia_star 31-7-2014 04:24 PM
apa yg dia ngutuk hindu tuh?

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.160381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top