KUANTAN - Umpama melepaskan batok di tangga. Sikap pengguna hentian rehat masih tidak berubah dan mentaliti berada di tahap rendah apabila kemudahan yang disediakan di hentian itu tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab. Tinjauan Sinar Harian di Hentian Rehat Kuantan kira-kira jam 10.30 pagi mendapati tong sampah penuh dengan lampin pakai buang dan tisu yang tidak digunakan dengan baik malah singki turut dibuang sampah. Lampin bayi juga bukan sahaja tidak diurus dengan baik tetapi ‘berkongsi’ tong sanitari menyebabkan masalah bau di dalam tandas sekali gus menambah tugas pekerja yang membersihkan kawasan dan blok bangunan di situ. Tinjauan kami juga mendapati, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan bilik salin lampin tetapi lebih ‘laju’ menuju ke tandas dan surau untuk menyalin lampin bayi. Kami turut menerima keluhan tukang cuci yang membersihkan kawasan itu memaklumkan ada pengguna mengambil jalan mudah dengan menyalin lampin bayi di surau. Mereka mendakwa, akibat sikap itu, ramai mengadu tidak selesa dengan keadaan surau kerana berbau dan dikotori najis. Bagaimanapun, mereka cuba sebaik mungkin membersihkan surau sebelum lebih ramai pengguna lain tiba untuk solat dan ada yang mengambil peluang berehat sebelum meneruskan perjalanan. “Kami tidak cuti pada hari raya sehingga hari ini kerana melakukan tugas-tugas membersih. Tidak seperti hari-hari biasa, orang ramai singgah dengan pelbagai ragam tapi kami tetap bekerja untuk memastikan keadaan bersih,” katanya. Seorang pengguna, Azra’ie Ibrahim, 32, berkata, ramai pengguna bersikap lepas tangan dan mengharapkan petugas hentian itu membersihkan kawasan berkenaan. Katanya, sikap berkenaan tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya memberi kesan negatif bahawa sikap penduduk tempatan yang tidak bersih. “Sikap ini sebenarnya bermula dari rumah. Kebersihan itu sebahagian dari kehidupan kita dan paling utama sekali pemandangan ini memberi kesan negatif apabila ada pelancong yang singgah,” katanya. Zuraida Mohd Yunos, 28, pula lebih selesa menggunakan lampin pakai buang bayinya yang berusia enam bulan di dalam bilik yang disediakan walaupun perlu membawa bantal kecil. “Bilik di sini lebih bersih dan kering berbanding menggunakan tandas tetapi mungkin ada ibu bapa yang mahu lebih selesa memandikan anak mereka. jadi tempat paling sesuai ialah surau atau tandas,” katanya.
|
saladin780 posted on 1-8-2014 09:27 AM
kebersihan separuh daripada iman..so maksudnya di sini adalah ??
pittjie posted on 1-8-2014 09:33 AM
bila ntah rakyat malaysia ni nak jadi pembersih dan bertanggungjawab jaga kebersihan bersama. antara ...
ren0_0 posted on 1-8-2014 09:20 AM
hentian rehat yang aku rasa bersih dalam banyak banyak highway ialah PLUS. kalau karak...lpt...bau h ...
redz85 posted on 1-8-2014 11:26 AM
bukan setakat hentian rehat.. toilet dlm masjid pun hazab.. pengguna pengotor
gusikuberdarah posted on 1-8-2014 09:38 AM
tp ada gak setengah2 yg terbalik..kat rumah pengotor gila tp kalau kt luar bersih sebersih bersihn ...
ADVERTISEMENT