CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Ibu, Tolong Saya,”

4-8-2014 12:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5911| Komen: 31

SEREMBAN - “Ibu, tolong saya,” itu kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang sempat dihantar M Mhittren Ezhuthachan, 21, kepada keluarganya sebelum ditemui mati dalam kawasan semak berhampiran tangki air di Taman Mahkota Hill, Lenggeng, Nilai kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Menurut abang mangsa, M Ganesan, 30an, gara-gara tidak sedap hati dengan SMS diterima pada Khamis lalu sekitar jam 12.30 pagi itu menyebabkan ibunya bergegas membuat laporan polis lebih kurang setengah jam kemudian.

“Hancur luluh hati kami sekeluarga apabila dimaklumkan punca kematian Mhittren berkemungkinan akibat dibunuh,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, semalam.   


Menceritakan semula saat-saat kehilangan adiknya, Ganesan berkata, lazimnya Mhittren akan balik awal setiap kali keluar rumah. Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku pada Rabu lalu.

“Dia keluar lebih kurang 9 malam kerana mahu berjumpa teman rapat yang tinggal di taman perumahan sama dengan kami. Namun, dia masih tidak pulang walaupun sudah mencecah tengah malam.

“Lebih merisaukan, panggilan kami langsung tidak berjawab selepas ibu menerima SMS terakhir daripada Mhittren,” katanya yang berharap individu bertanggungjawab atas kematian adiknya akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa yang bekerja di sebuah kilang memproses air mineral dan menetap di Taman Ulu Beranang, Lenggeng, Nilai dijumpai dalam keadaan terlentang, kira-kira satu kilometer dari jalan
utama Lenggeng - Broga.   

“Pencarian dilakukan pihak polis berdasarkan laporan dibuat oleh ibu mangsa yang memberitahu anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar sekitar jam 9 malam dengan menaiki motosikal Honda EX5, Rabu lalu.

“Siasatan awal kita menemukan luka pada kening kanan mangsa, dipercayai dipukul menggunakan sejenis objek tumpul. Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian dada dan luka seakan-akan melecet pada ketiak kanan mangsa,” katanya.

Menurut Abdullah, mayat mangsa kemudian dibawa ke HTJ untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.   

“Setakat ini, polis telah menahan reman seorang lelaki selama tujuh hari dalam usaha mengenal pasti motif pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciptaan_Awlah 2-8-2014 09:11 PM
o, ni kapir punya biter
next
Quote FanTasyCreaTioN 2-8-2014 09:14 PM
Takziah kepada keluarga mangsa ..
harap pembunuh dapat d tangkap


Quote GhostWalking 2-8-2014 09:21 PM
FanTasyCreaTioN posted on 2-8-2014 01:14 PM
Takziah kepada keluarga mangsa ..
harap pembunuh dapat d tangkap

Rasa sedih bila baca sebab saat2 akhir dia ingat ibu dia
Quote cmf_premierleag 2-8-2014 09:22 PM
rip...semoga kematian ini dpt dibela
Quote GhostWalking 2-8-2014 09:26 PM
ciptaan_Awlah posted on 2-8-2014 01:11 PM
o, ni kapir punya biter
next

Citer ni sedih lah
Quote kakilicious 2-8-2014 09:28 PM
Aduhhh.. Murahnya nyawa.. Semoga keluarga tabah
Quote FanTasyCreaTioN 2-8-2014 09:34 PM
GhostWalking posted on 2-8-2014 09:21 PM
Rasa sedih bila baca sebab saat2 akhir dia ingat ibu dia

tak kira bangsa apa sekali pun
agama apa yang d anuti ..

cukup lah .. setakat membayangkan ..
saat2 terakhir .. mengharap ibu membantu ................

dan ..
perasaan ibu tu selama2 nya ..
tentu akan d hantui rasa terkilan sangat2

Quote GhostWalking 2-8-2014 09:37 PM
FanTasyCreaTioN posted on 2-8-2014 01:34 PM
tak kira bangsa apa sekali pun
agama apa yang d anuti ..

Kan dik ...
Quote imransulaiman 2-8-2014 09:39 PM
Takziah kepada keluarga. Semoga kes ini tiada kaitan dengan unsur geng jenayah yang melibatkan mangsa menjadi ahli.
Quote ren0_0 2-8-2014 09:40 PM
Ooo...sangat hampir dengan rumah aku. Tak nampak pulak polis lalu sekitar jam 7ptg semalam
Quote alinone78 2-8-2014 09:48 PM
Sana sini bunuh j la
Quote Munnalicious 2-8-2014 10:20 PM
Kesiannya. Hrp kematiannya dibela. Hrp cpt dpt tgkp pembunuh jahanam tu.
Quote senahsanasini 2-8-2014 10:41 PM
Murah sungguh nyawa skang ni...
Quote crystel 2-8-2014 11:43 PM
Takziah kepada keluarga mangsa..
Cari pembunuh sampai dapat..
Semoga kematian mangsa dibela.
Quote mikasa 3-8-2014 12:08 AM
Ada yg tak puas hati...dendam kesumat ni
Quote zorrro_03 3-8-2014 12:13 AM
ciptaan_Awlah posted on 2-8-2014 09:29 PM
tapi sebagai sorang yg beriman
mesti focus biter kat gaza
focus camner nak gi jihad utk mendpt b ...

Mod @NIXAR sila.amik.tindakan kpd forumer spt bagero nih.
Quote enchikfitz 3-8-2014 08:09 AM
Namanya Susah nk disebut. Kesian
Quote shuk_one 3-8-2014 08:12 AM
FanTasyCreaTioN posted on 2-8-2014 09:34 PM
tak kira bangsa apa sekali pun
agama apa yang d anuti ..

Well said

takziah kepada family terlibat
Quote Kejora927 3-8-2014 10:53 AM
takziah.....senang2 bunuh org.. hrp kematiannya terbela..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.090887 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top