Aduan kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan boleh dihantar terus ke [email protected] Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap. Saman RM300 guna lorong kecemasan Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan saman maksimum RM300 kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di semua laluan sepanjang Op Selamat 2014 sempena musim perayaan ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan tegas itu untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang di samping menjadi pemandu berhemah. “Berdasarkan pengalaman, apabila ada pemandu menggunakan laluan kecemasan, pihak kami dan pasukan penyelamat mengalami kesulitan akibat kesesakan untuk melakukan kerja menyelamat jika berlaku kemalangan kerana laluan itu sesak,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri di ibu negara semalam. Bermula 4 Ogos Operasi berkenaan bermula Isnin ini hingga 4 Ogos depan, membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Khalid berkata, polis akan menempatkan anggota trafik di 60 lokasi panas, iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan undang-undang.
|
tungkai posted on 1-8-2014 02:15 PM
RM300? Kasik naik RM3000 la..biar semua terkemut dr dok mencelah fefeling VIP ikut lorong tu. Bila n ...
sueism posted on 1-8-2014 02:12 PM
cuba try masuk singapore driver malaysia punya tertib
takut kena saman kalau kena saman memang m ...
Lina66 posted on 1-8-2014 12:20 PM
bleh tengok kalo coach dari meleis ni seme ikut laluan kiri bile masok Spore nye jalan raya..
...
ADVERTISEMENT