CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tu Selamat Bang!

4-8-2014 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6275| Komen: 22

Jertih: “Alhamdulillah...saya bersyukur kerana anak saya dapat diselamatkan selepas hampir satu jam setengah terperangkap dalam kereta,” kata Dr Zaleha Mohd Zahid, 47, ibu kepada Marisa Mohd Hashim, 18 bulan, yang terperangkap dalam kereta Perodua Alza di hadapan sebuah pasar raya di Kampung Seberang Jertih, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Marisa yang juga anak bongsu daripada dua beradik terperangkap seorang diri di dalam kereta ibunya yang ketika itu memasukkan barang-barang yang dibeli di pasar raya berkenaan ke dalam kereta berkenaan.

Menurut Dr Zaleha, ketika kejadian, anaknya itu berada di tempat duduk depan sebelum semua pintu kereta tiba-tiba tertutup dan terkunci.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan Marisa yang bermain kunci automatik dan tersalah tekan hingga menyebabkan pintu kereta terkunci.


ANGGOTA bomba memecahkan tingkap pintu kereta. Gambar kecil, Marisa asyik bermain tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.


“Panik dengan kejadian itu, saya cuba membuka pintu, tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih.


17

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 2-8-2014 10:23 PM
ok, mari carutkan emak tu beramai2...
Quote shernazz 2-8-2014 10:35 PM
Kunci letak dalam kete?
Xyah mintak izin..
Kasi hantam dgn steering lock trus...apa la..
Quote edee_91 2-8-2014 10:47 PM
macam mana pintu boleh tiba2 tertutup? angin kencang ka?
Quote saladin780 2-8-2014 10:49 PM
Okla..yg ni boleh dimaafkan..bukannya tinggal anak gitu gitu je
Quote clarizsa 2-8-2014 10:50 PM
ooo yg ni mmg risau... mak dia x bersalah sgt cuma salah percaturan je... lainkali beringat...

i pun slalu marah hubby yg suka biar anak dlm kete dgn enjin running, tp kt umah lg la time tu... klu terkunci still leh amik kunci spare... ape pun, klu boleh elak risiko,baik elakkan..
Quote akusukaq 3-8-2014 01:51 AM
Pintu kete aku gi kunci.  Sebab aku slalu takmo attract attention pakai remote, "tit-tit".  Irritating betol pada aku.

Memang suke kunci pakai handle pintu tu.  Bengong kan?  So aritu aku sudah nayekan diri aku sendiri.  Nasib baik aku takde tinggal makhluk ape2 dalam tu.

Then beberape jiran & passerby tolong la aku bukak pintu tu.

Snang je.  Dorang tarik getah belah bawah cermin tingkap pehtu kuis dengan ruler je, dah boleh bukak.  Macam magic.

Last edited by akusukaq on 3-8-2014 01:54 AM

Quote azrain98 3-8-2014 02:03 AM
kurang salahkan mak dia.....kes ni sbb tersikit cuai
Quote din_atos 3-8-2014 02:15 AM
Alhamdulilah.. Semuanya selamat
Quote MarryPottet 3-8-2014 02:45 AM
kenapa lama sangat sampai 1 1/2 jam baru berjaya diselamatkan?

mak umur 47 so kalau tu anak kandung dia, maknanya dia lahirkan adik ni masa umur dia 45 lah ek
Quote GhostWalking 3-8-2014 02:46 AM
MarryPottet posted on 2-8-2014 06:45 PM
kenapa lama sangat sampai 1 1/2 jam baru berjaya diselamatkan?

mak umur 47 so kalau tu anak kandu ...

Maknya suburrrr
Quote Al-Patih 3-8-2014 08:02 AM
lalai
Quote enchikfitz 3-8-2014 08:08 AM
Mak dia x salah..maafkan je la. Lain kali hati2. Klu boleh bawak lagi sorg, utk jaga budak tu. Tak la budak tu main dlm kereta. Menyisahkan org lain je
Quote md.jie 3-8-2014 08:17 AM
pa dia bagi anak duk kat driver seat...
Quote scorpionkiki 3-8-2014 08:19 AM
Aku pun pernah kena...automatic locked. Baru keluar nak ambik something dlm luggage compartment. Dekat r&r pulak tu. Engine running ...dugaan betul
Quote chinta89 3-8-2014 11:38 AM
scorpionkiki posted on 3-8-2014 08:19 AM
Aku pun pernah kena...automatic locked. Baru keluar nak ambik something dlm luggage compartment. Dek ...

ak pun selalu kena.. tp ak x penah lagi tinggalkan makhluk dlm kete

mse kena, biase nya tgh sorang2.. kalau ade org aku tak cuai, bila xde org mula la... tettt..tetttt... terkunci!

tensen auto lock..
Quote batmana 3-8-2014 12:22 PM
MarryPottet posted on 3-8-2014 02:45 AM
kenapa lama sangat sampai 1 1/2 jam baru berjaya diselamatkan?

mak umur 47 so kalau tu anak kandu ...

mu ni gigih sgt kire matematik

biarla derang, masih2 ada rezeki msing2.

kalu mu pi spital, mgkin terkejut beruk sbb macam2 kes luar biasa bagi kamu ada gamaknye..

Quote bonquiqui 3-8-2014 12:55 PM
batmana posted on 3-8-2014 12:22 PM
mu ni gigih sgt kire matematik

biarla derang, masih2 ada rezeki msing2.

tau xpe..dulu masa berkampung kat spital tunggu nak beranak, ada makcik tu dah tua sangat..tinggal gigi 2 batang je..tapi masih mampu melahirkan..subur betul makcik tu..iols ada tanya anak nombor berapa tapi lupa jawapan sheols..rasa nye belas2 jugak la.

laki iols cakap, ada sorang pakcik takde gigi tengah tunggu bini beranak macam die jugak, berkampung kat bilik menunggu..so iols mengkonklusikan maybe makcik ni bini pakcik tu..
Quote cik_ted143 3-8-2014 01:17 PM
bonquiqui posted on 3-8-2014 12:55 PM
tau xpe..dulu masa berkampung kat spital tunggu nak beranak, ada makcik tu dah tua sangat..tinggal ...

kajian mengatakan rakyat malaysia ni tak subur. susah sgt nak dapat anak. cer interview makcik ni, mintak petua.
Quote mimzat 5-8-2014 12:05 PM
Jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita semua. Semoga ia tidak berlaku kepada kita. Ameen.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.685069 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top