CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paderi Dakwa Menerima Sms Dari Setan

4-8-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6501| Komen: 46


Warsaw: Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).

Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.

Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

“Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku,” katanya.

Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: “Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati.”

Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: “Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bo.doh. Paderi tua yang bo.doh.”

Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan.


3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 4-8-2014 08:27 AM
haha

zaman dulu setan hantar mesej melalui mimpi


Quote FanTasyCreaTioN 4-8-2014 08:32 AM
perghhhh!~
patut nya paderi tu mintak setan tu install whatsup
boleh bertukar2 gambar


Quote the_killer 4-8-2014 08:33 AM
FanTasyCreaTioN posted on 4-8-2014 08:32 AM
perghhhh!~
patut nya paderi tu mintak setan tu install whatsup
boleh bertukar2 gambar

baik ko suruh setan tu 3g ngan paderi tu...mana la tau dapat setan betina...leh rembes2 sambil paderi pegang salib
Quote airfilterkotor 4-8-2014 08:35 AM
Syaitan pun nak pakai henfon gak.
Quote FanTasyCreaTioN 4-8-2014 08:37 AM
the_killer posted on 4-8-2014 08:33 AM
baik ko suruh setan tu 3g ngan paderi tu...mana la tau dapat setan betina...leh rembes2 sambil pad ...

3g tak leh bang ..
takde bukti nanti
la ni semua kena ada bukti

Selamat Hari Raya bang



Quote lavasyawal 4-8-2014 08:40 AM
Ni mesti budak2 lelaki yg paderi tu balun nak balas dendam..

Quote tungkai 4-8-2014 08:40 AM
Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden.


Nape aku nak tergelak baca ayat ni..?? Maknanya ada setan yg buta IT la ye??
Quote crazecousa 4-8-2014 08:54 AM
ahahahaha lalok la lu atok
Quote the_killer 4-8-2014 09:01 AM
tungkai posted on 4-8-2014 08:40 AM
Nape aku nak tergelak baca ayat ni..?? Maknanya ada setan yg buta IT la ye??

nya tu mcm ada maksud...nya merujuk paderi boleh...nya merujuk kepada setan...
Quote batmana 4-8-2014 09:25 AM
dh mgse tu gen-y, 24 jam pkai enset, bila kene rasuk, mmgla bole jadi cmni
Quote the_killer 4-8-2014 09:26 AM
atuk ni memalukan ummah kristian nan suci maksum ja
Quote otai_g 4-8-2014 09:56 AM
x mustahil. teknologi syaitan lg canggih dr teknologi manusia.

sama la mcm kes segitiga bermuda.

sama kes jgk kalo kat masjid time dgr khutbah or ceramah.

bila syaitan pakaikan kita celak, kita bleh tertidur. kalo syaitan pakaikan kita gincu kita akan bercakap kat blkng time imam baca khutbah.

canggih teknologi syaitan ni. bleh merawat penyakit insomnia.
Quote magnus 4-8-2014 10:00 AM
Syaitonirrojim sgt
Quote deanswify 4-8-2014 10:01 AM
zaman IT haptodate
Quote haryatie 4-8-2014 10:15 AM
...dahsyat la setan2 zaman sekarang..
Quote cmf_rambutan 4-8-2014 10:16 AM
kalau ustaz yg terima sms tu dah berjela dah kena kutuk
Quote AHMADVW 4-8-2014 10:20 AM
paderi barboosa dlm cari  xdpt mesej dr syaiton ka?
Quote Yoongie 4-8-2014 10:57 AM
betul kata syaiton nirajim itew, paderi tua yang bodoh
Quote saladin780 4-8-2014 11:00 AM
Hp jenama apa setan tu pakai?? lg, samsung, sony..ke iphone

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 2.260748 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top