JITRA - Seorang suri rumah mendakwa dirinya dianiaya dan ditipu selepas tidak menerima bayaran penuh hasil bermain kutu yang sepatut diterimanya daripada seorang pemegang duit awal bulan ini. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Noorlia berkata, wang hasil kutu yang sepatut diterimanya adalah RM3,000. Menurutnya, bagaimanapun pemegang terbabit hanya memberi sebanyak RM1,850 dan enggan membayar baki selebihnya. “Saya dan suami pergi ke rumahnya, tetapi dia suruh saya minta dengan seorang pemain yang lain. Sedangkan pemain itu juga sudah serahkan bayaran kutu kepada pemegang itu. “Kebetulan ketika sampai di rumahnya, kami terserempak kerana dia mahu keluar. Tetapi dia enggan melayan permintaan kami, malah tidak keluar dari kereta,” katanya kepada Sinar Harian. Susulan daripada itu, Noorlia membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kodiang. Katanya, pemegang kutu yang juga wanita berusia dalam lingkungan awal 50-an itu tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi. “Hal seumpama ini bukan terjadi kepada saya seorang saja, malah pernah terjadi kepada anak saudara saya. Tetapi, dia sempat membayar semula apabila dimarahi. Ada juga kawan kami yang tidak dibayar langsung duit kutunya selepas terlupa giliran. “Sebagai pemegang duit, sepatut dia boleh mengingati pemain lain, kerana itu amanah dan kepercayaan yang kami berikan. Dia perlu bertanggungjawab sebagai pengendali,” katanya. Sementara itu, Noorlia berkata, dia turut membuat tuntutan di mahkamah untuk menuntut haknya ke atas duit kutu terbabit. “Saya mendapat nasihat daripada Pendaftar Mahkamah Sesyen Jitra dan mengisi borang tuntutan yang diperuntukkan. Tuntutan saya ini dibuat mengikut peruntukan tuntutan kecil sivil dan akan jalani perbicaraan selepas mendapat arahan mahkamah selepas ini. “Saya sudah cuba minta dengan cara terbaik daripadanya tetapi dia langsung tidak mahu berbincang dan bersikap lepas tangan,” katanya.
|
kukulangau posted on 25-7-2014 12:13 PM
main kutu ni kena dgn orang yang kita betul2 percaya
jangan add participate ikut dan je
sueism posted on 25-7-2014 12:16 PM
I tak Main kutu nie I rather simpan duit $20 sebulan dalam bank buat x nampak
lama2 Jadi bukit u ...
kukulangau posted on 25-7-2014 12:18 PM
yes lebih berpaedah letak kat bank or tabung haji or asb
later2 siap dapat dividen
ADVERTISEMENT