Kami Di MAS Sering Bertahlil, Solat Hajat Sejak Insiden MH370
Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) tetap gigih dan tabah menjalankan tugas biarpun banyak ujian yang harus ditempuhi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya. Katanya, biarpun berdepan dua tragedi dalam tempoh yang singkat, namun semua kakitangan MAS tetap menjalankan tugas mereka demi kepuasan pelanggannya. “Kakitangan MAS masih gigih menjalankan tugas mereka, ini (tragedi MH17 dan MH370) satu ujian yang harus kami hadapi dengan tabah,” katanya selepas bacaan Yasin dan Tahlil serta solat hajat yang akan diadakan di Masjid Petra, di sini, hari ini. Majlis anjuran MAS itu dibuat khas untuk memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu. Ahmad Jauhari berkata, sejak kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370, MAS sentiasa mengadakan majlis tahlil dan soalt hajat di peringkat dalaman.
“Sebenarnya selepas peristiwa kehilangan MH370, kami sering mengadakan majlis tahlil dan solat hajat, tetapi ia cuma diperingkat dalaman, jabatan yang anjurkan,” katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=81
|
10
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT