Jasad mangsa MH17 mungkin tidak dapat dibawa balik sebelum Aidilfitri - Najib
KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak berkemungkinan dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di sini hari ini. Tiada sebarang bayaran sepanjang rundingan Kiev (Ukraine): Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=page%3D1&page=73
|
8
Bagus |
21
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT