CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Kaya Tertipu Lagi

24-7-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9970| Komen: 69

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Teruja dengan ajakan seorang lelaki ‘mat salih’ untuk berkahwin dan berhijrah ke Jakarta, Indonesia menyebabkan seorang janda kaya ditipu kekasihnya membabitkan kerugian kira-kira RM200,000.

Difahamkan, mangsa seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun diperdaya sindiket penipuan Internet Afrika yang menyamar sebagai lelaki warga Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan nama Smith.  

Pegawai Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah (gambar) berkata, mangsa mula mengenali suspek awal Jun lalu melalui laman sosial Facebook (FB).“Sepanjang mengenali suspek, mangsa tidak pernah bertemu lelaki itu berikutan suspek mendakwa kononnya  berada di AS.

Namun, dia berjanji akan menemui mangsa di Indonesia.


“Suspek juga memberitahu dia ingin membeli sebuah rumah banglo di Indonesia dan meminta mangsa menjadi ‘orang tengah’ untuk menguruskan pembelian itu,” katanya.  Katanya, suspek turut menyatakan hasratnya untuk mengahwini mangsa dan menetap bersama mangsa di Jakarta meskipun kurang sebulan bercinta.

“Suspek berjaya menambat hati mangsa yang berasal dari Indonesia dengan madah cinta dengan mengaku kononnya sudah terlalu jatuh cinta dengan wanita itu,” katanya.  Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memberikan nombor akaun bank kononnya untuk memasukkan wang tunai bagi membeli rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, dua hari kemudian suspek menghubungi mangsa dan memberitahu proses memindahkan wang berjuta dolar ke akuan mangsa berdepan masalah berikutan disekat pihak bank.“Suspek juga memberitahu mangsa perlu membayar sejumlah wang bagi melepaskan wang yang disekat pihak bank itu,” katanya.  Mohd Syafiq berkata, mangsa akur  dan memasukkan wang RM200,000 ke dalam akaun bank lain diberikan suspek.

11

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagoo 23-7-2014 11:34 AM
sian makcik janda tu
Quote zacrin 23-7-2014 11:36 AM
bodoh bebal dungu bingai sakai gila..
Quote cheeky_meal 23-7-2014 11:36 AM
ok...bagusla..nanti bagi lg k..
Quote alinone78 23-7-2014 11:42 AM
baik bagi kat saya makcik
saya pun anak yatim ni
Quote N0name 23-7-2014 11:43 AM
Kesiannya makcik...bertabahlah yek...
Quote drivethru 23-7-2014 11:44 AM
gersang sgt ke?
Quote biggirlduncry 23-7-2014 11:46 AM
tak tahu la nak kata apa acik oii..
nak kata lom tumbuh bulu ketiak.. segala bulu pun dah ada
punya la banyak kes2 tipu gini, makcik tak baca paper ke? tak masuk forum ni ke?
brapa ramai dah jadik mangsa....
alahai acik oiii...
Quote fatehana 23-7-2014 11:48 AM
naperlah mudah sangat percaya kat org yg dikenal thru tenet ni kak oiiii
dr bg wit tu kat mangkuk2 ni semua baik gie bg kat fakir miskin lg banyak pahala dikutip
Quote senahsanasini 23-7-2014 11:49 AM
yg herannye janda2 ni murah hati dgn laki,
klu org pompuan mtk, harus di csi dlu sebelom menghulur.
laki tabur gula skit, percaya cinta ke jannah..
puihhhh
Quote amiraira 23-7-2014 11:51 AM
kenapa la mudah sgt percaya dgn org on9 ni.....
Quote mrsLucky 23-7-2014 12:03 PM
I rasa nak menangis dengan kebodohan sesetengah wanita..takkan tak belajar dari banyak kes sebelum nih..
Adoiiiiii....
Quote jofizo 23-7-2014 12:04 PM
bila aku nak jumpa janda kaya nih.........waaaa
Quote AYAKAISHI_AYASY 23-7-2014 12:10 PM
Baik akak ambik orang teruna cam saya nie...
Saya janji saya setia tau..
Hehehhe
Quote Cik_Andak 23-7-2014 12:11 PM
Mak jan tu xzakat harta dia kot....
Quote gaara_X 23-7-2014 12:14 PM
salah satu lagi kisah perempaun tak use otak....
Quote BotakChinPeng 23-7-2014 12:15 PM
Nigga menyamar sebagai org putih amerika  dah jadi perkara biasa. Yang menyamar sebagai pompuan pun ada haha. Dasar kaum  bapok
Quote lipans 23-7-2014 12:29 PM
terbayang-bayang akan kepanjangan.....
Quote BotakChinPeng 23-7-2014 12:30 PM
Janda tu bangsa apa ?
Quote DayangKirana 23-7-2014 12:34 PM
sekali tipu camnie jer dah bleh dapat 200K..
memang murah cintamu..hanya digula2kan melalui pesbuk..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top