CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Wan Azizah diumum sebagai MB Selangor

22-7-2014 12:50 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 29258| Komen: 427



SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor.

"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya.

"Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.

"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing.

"Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya.

Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan.

"Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.

Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor.

"Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain.

"Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.

Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini.

Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua.

Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu.

Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut.

Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 22-7-2014 01:36 AM
mampukah impian tercapai?

Quote toksira 22-7-2014 01:48 AM
Syabas la...jika diperkenan oleh Sultan
Quote xy_daen 22-7-2014 01:51 AM
Bukan Azmin Eskrem?
Quote dauswq 22-7-2014 01:53 AM
bkl mb wanita msia yg pertama kah ni? Last edited by dauswq on 22-7-2014 01:57 AM

Quote Syd 22-7-2014 01:56 AM


Isu MB Selangor: Khalid Gugur, Wan Azizah Calon MB Baharu

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:05 AM

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]


PETALING JAYA: Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kerusi panas Abdul Khalid itu bakal digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismial.

Pengumuman itu dilakukan suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah," katanya.

Pada Isnin, drama komplot untuk menjatuhkan Abdul Khalid semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu.

Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 malam ini dihadiri majoriti ahli MPP termasuk Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanun kelibat Abdul Khalid yang juga ahli MPP tidak kelihatan pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat malam ini dilihat penting kepada PKR dalam menetapkan pendirian parti itu mengenai masa depan Abdul Khalid sebelum sebarang keputusan mengenainya dibentangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pada pukul 11.25 malam, Dr Wan Azizah dilihat meninggalkan mesyuarat dan bangunan ibu pejabat parti itu.
Quote dauswq 22-7-2014 01:59 AM
klu beliau berjaya kemudi selangor, kemungkinan besar ade chance beliau being nominated as next PM ?

Quote batusembilan 22-7-2014 01:59 AM
Aku nk tau apa tski nk balas balik esok.
Quote Acong_II 22-7-2014 02:01 AM
toksira posted on 22-7-2014 01:48 AM
Syabas la...jika diperkenan oleh Sultan

harap sultan reject & suh anwart berambus dari selangor
Quote Syd 22-7-2014 02:01 AM
dauswq posted on 22-7-2014 01:59 AM
klu beliau berjaya kemudi selangor, kemungkinan besar ade chance beliau being nominated as next PM ? ...

biarpun jalan berliku katanya..
ikut jalan jauh

tapi masih lagi gigih menggapai impian.
Quote Babai 22-7-2014 02:03 AM
Duit RM3B yang TS Khalid simpankan tu sekarang sudah menjadi rebutan. Pemimpin pkr benci TS Khalid sebab th la kan? Sebab tak dapat projek anugerah. Sebelum ni kutuk orang lain buat camtu, rupanya prk pun nak yang sama. Maklum la, mereka ni asal dari parti yang sama juga sebenarnya.
Quote Syd 22-7-2014 02:03 AM
xy_daen posted on 22-7-2014 01:51 AM
Bukan Azmin Eskrem?

mungkin dorang dah amek kira pendapat forumer kat sini gak.

tu hari forumer hencap kan? kata azemin ada darah ameno...
Quote munchkin 22-7-2014 02:19 AM
Wowww. Sure kajang cemerlang semua masalah dah solve, aight.
Quote DTECCONAN 22-7-2014 02:41 AM
Alhamdulillah, lepas ni bolehlah rosakkan Selangor pula. Parti sendiri pun tak terjaga inikan pula nak jaga negeri
Quote munchkin 22-7-2014 03:19 AM
Sokong suami isteri aman damai rumahtangga.
Quote dino 22-7-2014 04:18 AM
tahniah la parti anak beranak.....
bleh la bg2 projek mcm kroni umno buat....
Quote freebird 22-7-2014 05:21 AM
makin meroyan lah macai2 felda pprt kat ci ni....usaha2 mereka untuk mempertahankan khalid gagap tak berjaya...
Quote munchkin 22-7-2014 05:24 AM
Must sokong the three kalau tak musuh kekdahnya. Provenlah it is all about the three. Lol
Quote nalis 22-7-2014 05:26 AM
farkkkk la... lagi mau cerita pasal kronisme
Quote kasibiman 22-7-2014 05:47 AM
What's the reason again yang nak tendang Khalid keluar Dari ofis Mb?  

Lihat semua komen(427)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.160517 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top